Pada suatu hari, An berada di cyber cafe, setelah selesai membuat kerjanya, An berfikir sesuatu...dah lama buat solat isthikarah..tapi masih belum mendapat petunjuk...hmmmm nape ek...sedang dia berjala melewati surau untuk kembali kebiliknya An melihat beberapa orang budak lelaki bersedia untuk solat jemaah disurau...melihat baju putih yang dipakai oleh seseorang..hati An berkata inilah yang terbaik untuk diriku..setelah itu azan asar pun kedengaran...Allahuakhbar...Allahuakbar....An cepat-cepat melangkah pulang kebiliknya untuk solat asar..keputusan yang An buat tadi amat mengembirakan An...An begitu yakin itulah pilihanku dan terbaik untukku.
(susah jugak nak menulis nih...ada idea tak)
Korang mesti tertanya-tanya...apa petunjuk yang An dapat...setiap keputusan letak agama Allah yang pertama...barulah kita berjaya didunia dan akhirat. Kerana agama lah manusia akan selamat dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Peraturannya adalah kebaikan buat dirimu dan kemanisan buat hati yang sentiasa mendambakan cintanya. Seringkali An berfikir dan berkata "ya Allah bagaimana untuk aku kekal mencintaimu...aku takut akan lari dari landasanmu..Allah jua menyelamatkan dirimu..tanam sifat takut kepada Allah dan sentiasa ingat padanya. Bagaimana pula untuk melihat kedudukan kita disisi Allah..lihat lah kedudukan Allah dalam hati kita...bermakna ni..hehehehe
Bersambung....
pic
Memaparkan catatan dengan label try tulis2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label try tulis2. Papar semua catatan
Ahad, 10 Julai 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
Plot 5 - puasa
petang itu An bersiap untuk keluar membeli nasi dan lauk untuk berbuka puasa...sambil berjalan An memegang duit Rm 10 ditangannya. fikiran entah ke mana, An begitu asyik melihat padang hijau dan keadaan di kampusnya sehingga duit rm 10 terlepas dari tangannya. An berpatah balik kebiliknya untuk mencari wang yang jatuh itu, tetapi tidak jumpa. An berfikir sendiri" itulah duit untuk aku belanja bulan ni..hmmmm" An teringat pesan seorang adik untuk membaca bismillah berulang kali sambil berdoa agar dia dapat menemui wang yang jatuh itu, akhirnya An menemuinya. An hanya keseorangan ketika itu, An suka sendirian dan tidak suka menunggu orang. bagi An selagi mampu membuat sesuatu perkara, kita teruskan..jangan sampai diri kita menyusahkan orang dengan hal yang remeh-temeh. Seseorang harus berani ketika bersendirian dan berdikari tanpa ada keluarga, yang ada hanya teman-teman, kakak dan adik-adik..yang lebih utama kawan yang paling baik buat diri kita ialah allah..Di bulan puasa banyak juadah yang dijual... hanya satu lauk yang An suka bila membeli lauk pauk di kampusnya... ayam percik...mmmm sedapnya...boleh kecur air liur dibuatnya... ada macam-macam kuih..kuih paling sedap seri pagi 1 tuh rm 50 posen...um um um..mahalkan.
setelah membeli juadah berbuka puasa An berlalu balik ke asrama. Suasana di kampus pada bulan puasa amat berlainan, pelajar-pelajar asrama terpaksa keluar awal untuk beli juadah berbuka...kadang lepas asar dah ada yang pergi beli, takut lauk habis jika lewat..pelajar tidak ada pilihan memandangkan cafe diasrama tidak punya pilihan lauk yang banyak dan mahal..tuh yang taknak...mahal...hehehe. seperti biasa.setengah jam sebelum azan berkumandang, An akan mengambil surat khabar dan bentangkan di atas lantai dan meletak nasi yang dibeli tadi dan sebiji kurma. Sunnah nabi ketika berbuka baca doa berbuka dan makan kurma dulu...dapat pahala tau. An hanya minum air masak atau milo o sahaja.. jika An makan, An tak muleh minum air banyak-banyak..pasal nasi banyak dalam perut hikhikhik... untuk kesihatan setelah beberapa ketika bior nasik turun dulu baru minum air...kaedah ini bagus untuk jaga kesihatan. Di situ jugalah An banyak belajar adab-adab ketika makan, minum, tidur dan sebagainya.
selesai berbuka An solat Magrib di bilik..jika sempat An berjemaah disurau asrama dan taraweh disana. Melihat kakak terbaring kepenatan...seharian belajar... ada yang baca quran, ada yang sambung makan, ada yang mendengar tazkirah yang sampai oleh ustaz atau pelajar sendiri... suasana yang mendamaikan...sejuk mata yang memandang. Bulan ramadhan bulan yang paling An nantikan, bulan barokah...yang banyak hikmah dan ganjarannya...amat rugi jika tidak membuat amal dan kebaikan.. pahala berlipat2 kali ganda. Di bulan itu juga... banyak An dapat belajar... menahan lapar...ingat ada yang lapar xleh makan...syukur alhamdulillah bagi kita yang dapat makan.
An pernah menangis didepan makanan memikirkan orang lain yang tak dapat makan...amat sedih sekali..hukhukhukhuk
untuk m'dapatkan hati yang begitu bersih kita perlu usaha untuk mencucinya selalu....zasss..semoga citer yang pendek memberi pengajaran..mintak maaf pakai bahasa rojak..hehehe :D
setelah membeli juadah berbuka puasa An berlalu balik ke asrama. Suasana di kampus pada bulan puasa amat berlainan, pelajar-pelajar asrama terpaksa keluar awal untuk beli juadah berbuka...kadang lepas asar dah ada yang pergi beli, takut lauk habis jika lewat..pelajar tidak ada pilihan memandangkan cafe diasrama tidak punya pilihan lauk yang banyak dan mahal..tuh yang taknak...mahal...hehehe. seperti biasa.setengah jam sebelum azan berkumandang, An akan mengambil surat khabar dan bentangkan di atas lantai dan meletak nasi yang dibeli tadi dan sebiji kurma. Sunnah nabi ketika berbuka baca doa berbuka dan makan kurma dulu...dapat pahala tau. An hanya minum air masak atau milo o sahaja.. jika An makan, An tak muleh minum air banyak-banyak..pasal nasi banyak dalam perut hikhikhik... untuk kesihatan setelah beberapa ketika bior nasik turun dulu baru minum air...kaedah ini bagus untuk jaga kesihatan. Di situ jugalah An banyak belajar adab-adab ketika makan, minum, tidur dan sebagainya.
selesai berbuka An solat Magrib di bilik..jika sempat An berjemaah disurau asrama dan taraweh disana. Melihat kakak terbaring kepenatan...seharian belajar... ada yang baca quran, ada yang sambung makan, ada yang mendengar tazkirah yang sampai oleh ustaz atau pelajar sendiri... suasana yang mendamaikan...sejuk mata yang memandang. Bulan ramadhan bulan yang paling An nantikan, bulan barokah...yang banyak hikmah dan ganjarannya...amat rugi jika tidak membuat amal dan kebaikan.. pahala berlipat2 kali ganda. Di bulan itu juga... banyak An dapat belajar... menahan lapar...ingat ada yang lapar xleh makan...syukur alhamdulillah bagi kita yang dapat makan.
An pernah menangis didepan makanan memikirkan orang lain yang tak dapat makan...amat sedih sekali..hukhukhukhuk
untuk m'dapatkan hati yang begitu bersih kita perlu usaha untuk mencucinya selalu....zasss..semoga citer yang pendek memberi pengajaran..mintak maaf pakai bahasa rojak..hehehe :D
Selasa, 10 Mei 2011
Pilot citer ke bape ntah
alam semesta - zulfan
sudah lama An tidak join usrah umi, sibuk dengan aktiviti sendiri dan kerja di JPP, kebetulam masa tuh ummi buat program untuk adik sem 1 (berkenaan solat & mati - rohani - untuk hati)..An melangkah ke dewan bersama kakak dan adik2 yang lain untuk menolong ummi apa yang patut..berbuat perkara yang sebegini juga mampu memberi ketenangan buat diri...lupa sekejap masalah yang dihadapi. Dan disana terdapat 3 orang pelajar lelaki yang menolong ummi jugak (tak ramai pelajar lelaki yang join usrah bawah bimbingan suami umi sendiri...An dan teman memanggil suami ummi dengan gelaran pakcik)An mengerti semua pertubuhan yang ditubuhkan hanya punya satu tujuan...kerja dibuat semata2 kerana allah...mengajak orang lain dekat kepada allah...antara yang An tahu dan yang biasa An join dibawah usrah ummi..ISMA, Pembina dan Aman Palestin..semuanya berkait...dulu usrah dengan umi...tapi dah berubah dengan kakak2..tapi An lagi suka usrah ngan ummi... sejak itu An mengikut cara sendiri...dengan membaca buku...bertanya dengan kawan2, pensyarah dan menerusi internet... memegang jawatan sebagai AJK surau ada ketikanya menguruskan dan join bersama2 adik2 yang baru ke rumah pengarah...kadang kala di rumah pengarah atau di rumah ketua warden asrama membuat usrah... tapi berbeza diorang membaca buku taklim... An ada membeli buku taklim satu..tapi baru punya...An lagi suka buku taklim yang lama..walaupun bahasa yang digunakan ada yang tak paham..tapi buku tuh lagi menarik hati..dari buku taklim baru yang bahasa baru sedikit...hehehe... mana2 pun sama kan...asalkan memberi manfaat pada diri.
An paham perasaan ummi, An sendiri amat segan dengan ummi..kenapa tidak ummi sendiri banyak memberi inpirasi buat An..jika terserempak dengan ummi, An hanya mampu tersenyum...tak seperti anak usrah yang lain yang boleh bersenda gurau...An merindui kamu semua....
buat adik nor... apa yang berlakuadalah untuk kebaikan dirimu....mereka semua sayang adik nor...sekian
bersambung
Isnin, 11 April 2011
Plot cerita 3
di hujung minggu, An mula mengambil kertas kosong untuk dia melakar dan menulis sesuatu. Melihat di dinding tempat An study begitu kosong, tiada apa-apa, jadi An mula menulis tujuan hidupnya dan kata-kata peringatan buat dirinya. Teringat akan mesej kak fatimah membuatkan An gelak sendirian, kak fatimah agak keanakan2 dan kakak ini banyak memberi dorongan buat An dan nasihat yang begitu baik. Dari mesej kak fatimah An melukis smile menangis, tersengih dan tersenyum. smile menangis kerana takutkan azab di neraka, smile tersenyum kerana gembira mendengar khabar-khabar syurga (macam kanak-kanak ribena jer). selesai itu An menampal kata-kata semangat itu didinding. suatu masa kita akan lupa tujuan kita hidup didunia dan apa yg kita perlukan. selepas An pulang dari kelas, An dan rakan sebiliknya terkejut kerana seorang warden lelaki dan seorang AJK asrama perempuan datang ke bilik untuk melihat bilik An dan rakan sebiliknya. Kedatangan warden lelaki itu ke bilik menimbulkan tanda tanya bagi diri An. (kenapa encik ni datang bilik aku, tak ada bilik lain ke nak tengok). An melihat warden itu memerhati bilik AN, katil An, kasut An dan satu hal merisau kan An adalah (jangan la warden nih baca apa aku tulis dekat dinding) sungguh pelik warden ni. Macam warden tu mencari sesuatu dalam bilik An (nasib la bilik tak sepah masa tu). Warden tuh bukan calang-calang orang, kadang kala An berani berhadapan dengan warden tu, kadang-kadang An malu. Seolah-olah dia boleh baca apa yang terjadi. Perlu juga merasa curiga pada seseorang. An seolah-olah dapat meneka apa yang warden itu inginkan. Di katil An hanya ada bantal tidur dan selimut dan tafsir quran diletak di atas bantal. Apa yang mendorong warden itu datang kebilik An (masih lagi menjadi tanda tanya). Alasan untuk melihat bilik tidak boleh diterima difikiran An, begitu banyak bilik, kenapa bilik An dipilihnya. suatu ketika ada seorang adik kesuntukan wang untuk study, jadi An memberi wang RM 50 untuk adik tuh belanja, pada masa yang sama wang kebajikan hilang, An menganti semula duit kebajikan itu dengan wang saku yang ibunya berikan, untuk meminta pada ibu, An tidak sampai hati. Untuk meminjam dari rakan sebilik pun tidak. Selama beberapa hari An hanya memakan roti. Jika ada wang lebih An membeli nasik, itupun hanya sekali. Dan didalam kesempitan macam tuh An berpuasa, kerna tidak punya wang untuk makan. An tidak pernah memberitahu pada ibu yang An dapat makan atau tidak, jika ibu bertanya An terpaksa berbohong. Dan seseorang telah menyaran An untuk solat dhuha, jika tiada kelas, An menggunakan masa itu untuk solat Dhuha. Setiap amalan itu ada kelebihannya tersendiri. Tidak lama selepas itu, warden yang sama memberikan wang @ duit raya kepada setiap AJK kerohanian paras, betapa bersyukurnya mendapat wang itu. Wang itu An gunakan untuk membeli barang-barang projek yang harus diselesaikan. Dan pada waktu itu juga, final exam dah dekat. walaupun berada didalam kesusahan An masih bersyukur, dan menjadikan itu sebagai membentuk peribadi yang lebih baik lagi. Adik2 AJK kerohanian tahu An dalam kesempitan, ada masanya An menangis, untuk meminta wang pada adik2 An tidak sanggup, kecuaian An yang menyebabkan duit itu hilang, jadi An kena menanggung semua, adik2 ini tidak bersalah. Dan ada seorang adik memberi kata-kata semangat buat An. Menyebabkan An semakin menitiskan airmata (sedihnya ya allah). Diwaktu itu jugak An dalam kemurungan. Allah sedang menguji hamba-hambanya. Kesusahan membuatkan An lebih berjimat cermat dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Dan disitu juga An belajar, yakin pada Allah yang memberi rezeki, Allah jua membuatkan kita merasa lapar dan kenyang. pagi roti, tgh hari roti, kadang-kadang petang roti or nasik. Dah bahagi berapa keping sekali makan (1 or 2 keping sahaja). untuk isi perut sahaja bukan untuk kenyang. nanti tidak ada tenaga untuk belajar. Itu pun roti hari-hari muka leh jadi kembang. rakan sebilik An selalu menawar makanan, tapi An tidak mengambilnya. Memberi lebih baik dari meminta pada orang. Walaupun An ingin sembunyikan kesusahannya tapi rakan sebilik tahu jugak. Myb juga tidak sampai hati melihat kakak hanya makan roti =). Ok la tuh dari xdapat makan lansung. Ada sebuah kisah sepasang suami isteri yang hidup susah dari An lagi, dan sepasang suami isteri ini bakal doktor. kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai wang, ketika belajar, jika terasa lapar hanya minum air paip untuk mengurangkan lapar perut, tak silap An buku sejadah cinta. Didalam buku tersebut menceritakan kisah-kisah orang yang beriman dan kesusahan yang dihadapi. dan kisah dimana seorang lelaki yang merasa lapar, mendorong dia untuk mencuri makanan di sebuah rumah seorang perempuan, dan pemuda itu merasa bersalah dan guru pada pemuda itu menyatakan ada seseorang wanita mencari lelaki untuk dijadikan suami, alangkah terkejutnya pemuda itu, wanita yang yang dikahwininya adalah wanita yg dia mencuri makanan di rumah wanita tersebut. Perasaan bersalah itu allah balas dengan kebaikan yang lebih baik. Allah hanya menguji hamba2nya, takat mana kesabaran seseorang. dan satu kisah lagi mengenai pemuda yang bercinta dengan seorang puteri (Tinggi tul iman lelaki tuh) citer nih ala2 mcm kita belajar tasawuf. Bagi An, masih adakah orang seperti dalam citer-citer ini. Jika ada myb orang sekarang akan m'anggap itu kerja gila, tapi sebaliknya orang yang mengatakan kerja gila itu tidak nampak kemanisan disebalik itu. sekian... bersambung di lain hari
Ahad, 10 April 2011
Plot cerita 2
cara hidup itu sudah berlainan, kalau dulu malas mengaji, sejak peristiwa itu An berubah, setiap lepas solat atau sebelum solat An akan mengaji. Hidupnya lebih bahagia dari sebelumnya, kerana cinta manusia, manusia jadi buta, tuhan dilupa. Bila cinta kepada tuhannya, semua orang dia cinta dan kasih. Amalan solat malam amat membantu diri An menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Jika keletihan An cepat jer nak tidur, al-maklum la puteri tidur. Tapi dah berubah tidur itu dikurangkan. Betul la kan, allah yang memberi kekuatan dalam menghadapi hidup seharian. Pagi yang indah An bersiap-siap untuk pergi ke kelas, berbaju kurung, tudung biasa sahaja dengan bergalas beg di belakang, mula berjalan melewati surau. Dalam perjalanan menuju ke kelas, An begitu riang, bahagia yang tidak pernah dirasa sebelum nih. Hati yang berbahagia walau dunia menjadi penjara. Apa yang dilihat An merasa tenang, oh An terlupa, berhenti sejenak berdekatan dengan surau menanti rakan sekelasnya su. Orangnya kecik molek aja. Kawan An sume jiwang karat. Dalam menunggu su, An terpadang seorang pensyarah yang juga seorang daie disitu, pensyarah itu hanya memerhatikan An, dan An tersenyum. Wajah seorang yang berbahagia sangat berlainan, berseri-seri. Tapi An tak tahu kenapa dia merasa sungguh gembira. Adakah kerana berjumpa dengan kekasihnya semalam. Memulakan kelas seperti biasa. Semestinya orang merasa diri An pelik. Tapi bagi An dia tak kisah semua itu, tidak kisah orang mahu mengata apa pasal dirinya. Didalam kelas An seorang pendiam, kadang kala ramah tengok pada situasi, pergaulan dengan pelajar lelaki didalam kelas ada batasnya. Pemikiran An amat terbuka tidak seperti muslimah yang lain. Kadang-kadang An bertudung labuh ke kelas kadang-kadang tidak. An hanya ada beberapa helai sahaja tudung labuh. Orang yang sudah kenal diri An macam mana akan merasa senang. Walaupun rakan sekelas yang rapat dengan An sumenya rock-rock. An tidak hanya berkawan dengan kawan2 sekelasnya. Ada ketikanya dia amat rapat dengan kakak2 dan adik2 yang banyak memberi pedoman buat diri An. Jadi An kena pandai jaga hati semua orang. Alhamdulillah semua kawan memahami. Jika kita jujur dengan orang, orang akan ingat kita. Kena pandai bahagikan masa, jika kelas habis tengahari An akan keluar bersama teman2 sekelas pergi makan di kedai PINK (memandangkan kedai itu berwarna pink..hehehehe) pada sebelah petangnya kadang kala keluar bersama rakan sekelas, kadang kala beli bungkus jer makan dalam bilik bersama rakan sebilik. Keadaan diparas pula, An tidak berapa rapat dengan budak2 diparas, ada sesetengah jer An menegur. An hanya membuat hal sendiri, memandangkan An seorang senior di paras tuh dan Ajk kerohanian diparas tu, jadi orang tak berapa suka dengan AJK kerohanian, asyik suruh pergi surau jer. An faham, tapi An kena laksanakan jugak tugas tuh, ada juga yang ponteng tapi An tak marah, asalkan diorang solat, nak orang merasa senang. melihat pengalaman2 yang lalu membuatkan An memahami perasaan adik2 yang tak suka dipaksa. Pada malamnya setiap paras diwajibkan buat taklim di setiap bilik secara bergilir dan ulang. Kadang kala An lambat menghadiri majlis taklim, jika taklim dibuat dibiliknya An akan keluar awal dari surau. An merasa tenang, selepas solat isyak An tidak terus pulang ke bilik, An melakukan solat2 sunat terlebih dahulu dan baru pulang. Jika masih tidak berpuas hati dengan solat yang dibuat An akan sambung solat dibiliknya. Perubahan diri juga menggalakkan orang disekeliling kita juga turut berubah, seperti rakan sebilik An. Jika terasa betul2 penat An tidur dahulu setika dan bangun untuk solat semula. Solat itu jiwa, penghubung antara manusia dengan tuhannya, kalau boleh setiap saat nak solat aja, ye la bila dah rasa nikmat solat tuh. Sememangnya An seorang ulat buku, pantang nampak buku je nak pinjam, menghabiskan masa dengan membaca dan satu lagi kegemaran An adalah menyanyi. Nasyid. Satu ketika Merasakan nasyid itu tak perlu, pernah juga An cuba meninggalkan dengar lagu2 nasyid, tapi tak boleh, mana tidaknya time nak study asyik melekat jer earphone. Tabiat yang tak bole di tinggalkan, telinga boleh jadi pekak. Begitu juga time nak basuh baju. suasana diwaktu tengah malam amat menyeramkan, semua sunyi sepi, dari bilik ke bilik air dalam 30 langkah jugak, blok itu amat sunyi orang tengah nyenyak tido lagi tuh sekitar 3 pagi or 4 pagi. Ada perasaan takut untuk ke bilik air, bila ingat nak solat An menempis perasaan takut dan terus ke bilik air mandi dan ambik wuduk, bila sudah biasa perasaan takut dah kurang, kadang kala merasa ada yang memerhati, ingat takut kat allah lagi na dari makhluk ciptaannya (nampak sangat penakut). Dalam hati hanya allah yang tahu macam mana, macam cara nak pujuk hati, jangan takut...jangan takut...Sememangnya An takut melihat wajah yang buruk, tidak pernah melihat tapi merasa sesuatu. Di asrama itu macam2 sudah terjadi. Agaknya klu nampak pengsan tak, xnak pengsan, macam2 tafsiran muncul diminda. nakpergi bilik air waktu2 mcm tuh asyik berselawat jer... nak balik kebilik pun macam tuh. Tapi ada seorang pelajar lelaki yang takut pada gelap. dalam langkah nak pergi surau amat berbeza An tidak takut, pelikkan. Myb bilik air tuh ada tempat syaitan duduk, sememangnya An tidak suka pada tandas, pelikkan. keadaan dibilik, simple sahaja, barang2 di atas meja tidak banyak, biasanya An akan memesan roti pada rakan sebiliknya jika rakan sebiliknya pulang kekampung membeli roti kismis, An amat suka roti tuh dicicah pulak dengan air milo, sedapnya. Megi goreng sebagai stok dibilik, sabun debu senang nak basuh baju, buku2 tersusun diatas meja. Di asrama tidak punya apa2.. komputer pun tidak ada, buku, lagu nasyid buat hiburan buat diri. Jarang An pergi ke cyber cafe biasanya pergi perpustakaan, itu pun masuk untuk yang perlu sahaja. Hendak berlari2 sudah tidak larat, menukar hobi pada yang lain. Sejak perubahan diri, setiap apa yang berlaku menjadi catatan dalam buku biasa, tiada la rupa seperti diari. Seperti menulis surat kepada kekasih hati. (so sweet). bersambung
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
senyummu membuatku tenang memandangmu tangisanmu membuat hati ini turut menangis jenakamu mewarnai hati ini ku tahu kau ingin mengubat hati ...
-
xnak pejam mata lagi la..... semasa aku di PLKN (tahun 2005) berlaku histeria di kem de bana jempol n9, setelah 2 minggu aku disana. aku dit...
-
suka lagu nih....sedap.... ingat nak sambung citer org yg kena ceramah seposen tuh...upenya... budak sekerja dgn aku ka...
-
hmmm dari semalam aku saje2 duk cari pemborong tudung dlm tenet mana...tahu... ada aku dah jupe satu dekat trg satu... sekarang nih ramai yg...