pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Ahad, 10 April 2011

Plot cerita 2

cara hidup itu sudah berlainan, kalau dulu malas mengaji, sejak peristiwa itu An berubah, setiap lepas solat atau sebelum solat An akan mengaji. Hidupnya lebih bahagia dari sebelumnya, kerana cinta manusia, manusia jadi buta, tuhan dilupa. Bila cinta kepada tuhannya, semua orang dia cinta dan kasih. Amalan solat malam amat membantu diri An menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Jika keletihan An cepat jer nak tidur, al-maklum la puteri tidur. Tapi dah berubah tidur itu dikurangkan. Betul la kan, allah yang memberi kekuatan dalam menghadapi hidup seharian. Pagi yang indah An bersiap-siap untuk pergi ke kelas, berbaju kurung, tudung biasa sahaja dengan bergalas beg di belakang, mula berjalan melewati surau. Dalam perjalanan menuju ke kelas, An begitu riang, bahagia yang tidak pernah dirasa sebelum nih. Hati yang berbahagia walau dunia menjadi penjara. Apa yang dilihat An merasa tenang, oh An terlupa, berhenti sejenak berdekatan dengan surau menanti rakan sekelasnya su. Orangnya kecik molek aja. Kawan An sume jiwang karat. Dalam menunggu su, An terpadang seorang pensyarah yang juga seorang daie disitu, pensyarah itu hanya memerhatikan An, dan An tersenyum. Wajah seorang yang berbahagia sangat berlainan, berseri-seri. Tapi An tak tahu kenapa dia merasa sungguh gembira. Adakah kerana berjumpa dengan kekasihnya semalam. Memulakan kelas seperti biasa. Semestinya orang merasa diri An pelik. Tapi bagi An dia tak kisah semua itu, tidak kisah orang mahu mengata apa pasal dirinya. Didalam kelas An seorang pendiam, kadang kala ramah tengok pada situasi, pergaulan dengan pelajar lelaki didalam kelas ada batasnya. Pemikiran An amat terbuka tidak seperti muslimah yang lain. Kadang-kadang An bertudung labuh ke kelas kadang-kadang tidak. An hanya ada beberapa helai sahaja tudung labuh. Orang yang sudah kenal diri An macam mana akan merasa senang. Walaupun rakan sekelas yang rapat dengan An sumenya rock-rock. An tidak hanya berkawan dengan kawan2 sekelasnya. Ada ketikanya dia amat rapat dengan kakak2 dan adik2 yang banyak memberi pedoman buat diri An. Jadi An kena pandai jaga hati semua orang. Alhamdulillah semua kawan memahami. Jika kita jujur dengan orang, orang akan ingat kita. Kena pandai bahagikan masa, jika kelas habis tengahari An akan keluar bersama teman2 sekelas pergi makan di kedai PINK (memandangkan kedai itu berwarna pink..hehehehe) pada sebelah petangnya kadang kala keluar bersama rakan sekelas, kadang kala beli bungkus jer makan dalam bilik bersama rakan sebilik. Keadaan diparas pula, An tidak berapa rapat dengan budak2 diparas, ada sesetengah jer An menegur. An hanya membuat hal sendiri, memandangkan An seorang senior di paras tuh dan Ajk kerohanian diparas tu, jadi orang tak berapa suka dengan AJK kerohanian, asyik suruh pergi surau jer. An faham, tapi An kena laksanakan jugak tugas tuh, ada juga yang ponteng tapi An tak marah, asalkan diorang solat, nak orang merasa senang. melihat pengalaman2 yang lalu membuatkan An memahami perasaan adik2 yang tak suka dipaksa. Pada malamnya setiap paras diwajibkan buat taklim di setiap bilik secara bergilir dan ulang. Kadang kala An lambat menghadiri majlis taklim, jika taklim dibuat dibiliknya An akan keluar awal dari surau. An merasa tenang, selepas solat isyak An tidak terus pulang ke bilik, An melakukan solat2 sunat terlebih dahulu dan baru pulang. Jika masih tidak berpuas hati dengan solat yang dibuat An akan sambung solat dibiliknya. Perubahan diri juga menggalakkan orang disekeliling kita juga turut berubah, seperti rakan sebilik An. Jika terasa betul2 penat An tidur dahulu setika dan bangun untuk solat semula. Solat itu jiwa, penghubung antara manusia dengan tuhannya, kalau boleh setiap saat nak solat aja, ye la bila dah rasa nikmat solat tuh. Sememangnya An seorang ulat buku, pantang nampak buku je nak pinjam, menghabiskan masa dengan membaca dan satu lagi kegemaran An adalah menyanyi. Nasyid. Satu ketika Merasakan nasyid itu tak perlu, pernah juga An cuba meninggalkan dengar lagu2 nasyid, tapi tak boleh, mana tidaknya time nak study asyik melekat jer earphone. Tabiat yang tak bole di tinggalkan, telinga boleh jadi pekak. Begitu juga time nak basuh baju. suasana diwaktu tengah malam amat menyeramkan, semua sunyi sepi, dari bilik ke bilik air dalam 30 langkah jugak, blok itu amat sunyi orang tengah nyenyak tido lagi tuh sekitar 3 pagi or 4 pagi. Ada perasaan takut untuk ke bilik air, bila ingat nak solat An menempis perasaan takut dan terus ke bilik air mandi dan ambik wuduk, bila sudah biasa perasaan takut dah kurang, kadang kala merasa ada yang memerhati, ingat takut kat allah lagi na dari makhluk ciptaannya (nampak sangat penakut). Dalam hati hanya allah yang tahu macam mana, macam cara nak pujuk hati, jangan takut...jangan takut...Sememangnya An takut melihat wajah yang buruk, tidak pernah melihat tapi merasa sesuatu. Di asrama itu macam2 sudah terjadi. Agaknya klu nampak pengsan tak, xnak pengsan, macam2 tafsiran muncul diminda. nakpergi bilik air waktu2 mcm tuh asyik berselawat jer... nak balik kebilik pun macam tuh. Tapi ada seorang pelajar lelaki yang takut pada gelap. dalam langkah nak pergi surau amat berbeza An tidak takut, pelikkan. Myb bilik air tuh ada tempat syaitan duduk, sememangnya An tidak suka pada tandas, pelikkan. keadaan dibilik, simple sahaja, barang2 di atas meja tidak banyak, biasanya An akan memesan roti pada rakan sebiliknya jika rakan sebiliknya pulang kekampung membeli roti kismis, An amat suka roti tuh dicicah pulak dengan air milo, sedapnya. Megi goreng sebagai stok dibilik, sabun debu senang nak basuh baju, buku2 tersusun diatas meja. Di asrama tidak punya apa2.. komputer pun tidak ada, buku, lagu nasyid buat hiburan buat diri. Jarang An pergi ke cyber cafe biasanya pergi perpustakaan, itu pun masuk untuk yang perlu sahaja. Hendak berlari2 sudah tidak larat, menukar hobi pada yang lain. Sejak perubahan diri, setiap apa yang berlaku menjadi catatan dalam buku biasa, tiada la rupa seperti diari. Seperti menulis surat kepada kekasih hati. (so sweet). bersambung

Tiada ulasan:

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails