pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Isnin, 11 April 2011

Plot cerita 3

di hujung minggu, An mula mengambil kertas kosong untuk dia melakar dan menulis sesuatu. Melihat di dinding tempat An study begitu kosong, tiada apa-apa, jadi An mula menulis tujuan hidupnya dan kata-kata peringatan buat dirinya. Teringat akan mesej kak fatimah membuatkan An gelak sendirian, kak fatimah agak keanakan2 dan kakak ini banyak memberi dorongan buat An dan nasihat yang begitu baik. Dari mesej kak fatimah An melukis smile menangis, tersengih dan tersenyum. smile menangis kerana takutkan azab di neraka, smile tersenyum kerana gembira mendengar khabar-khabar syurga (macam kanak-kanak ribena jer). selesai itu An menampal kata-kata semangat itu didinding. suatu masa kita akan lupa tujuan kita hidup didunia dan apa yg kita perlukan. selepas An pulang dari kelas, An dan rakan sebiliknya terkejut kerana seorang warden lelaki dan seorang AJK asrama perempuan datang ke bilik untuk melihat bilik An dan rakan sebiliknya. Kedatangan warden lelaki itu ke bilik menimbulkan tanda tanya bagi diri An. (kenapa encik ni datang bilik aku, tak ada bilik lain ke nak tengok). An melihat warden itu memerhati bilik AN, katil An, kasut An dan satu hal merisau kan An adalah (jangan la warden nih baca apa aku tulis dekat dinding) sungguh pelik warden ni. Macam warden tu mencari sesuatu dalam bilik An (nasib la bilik tak sepah masa tu). Warden tuh bukan calang-calang orang, kadang kala An berani berhadapan dengan warden tu, kadang-kadang An malu. Seolah-olah dia boleh baca apa yang terjadi. Perlu juga merasa curiga pada seseorang. An seolah-olah dapat meneka apa yang warden itu inginkan. Di katil An hanya ada bantal tidur dan selimut dan tafsir quran diletak di atas bantal. Apa yang mendorong warden itu datang kebilik An (masih lagi menjadi tanda tanya). Alasan untuk melihat bilik tidak boleh diterima difikiran An, begitu banyak bilik, kenapa bilik An dipilihnya. suatu ketika ada seorang adik kesuntukan wang untuk study, jadi An memberi wang RM 50 untuk adik tuh belanja, pada masa yang sama wang kebajikan hilang, An menganti semula duit kebajikan itu dengan wang saku yang ibunya berikan, untuk meminta pada ibu, An tidak sampai hati. Untuk meminjam dari rakan sebilik pun tidak. Selama beberapa hari An hanya memakan roti. Jika ada wang lebih An membeli nasik, itupun hanya sekali. Dan didalam kesempitan macam tuh An berpuasa, kerna tidak punya wang untuk makan. An tidak pernah memberitahu pada ibu yang An dapat makan atau tidak, jika ibu bertanya An terpaksa berbohong. Dan seseorang telah menyaran An untuk solat dhuha, jika tiada kelas, An menggunakan masa itu untuk solat Dhuha. Setiap amalan itu ada kelebihannya tersendiri. Tidak lama selepas itu, warden yang sama memberikan wang @ duit raya kepada setiap AJK kerohanian paras, betapa bersyukurnya mendapat wang itu. Wang itu An gunakan untuk membeli barang-barang projek yang harus diselesaikan. Dan pada waktu itu juga, final exam dah dekat. walaupun berada didalam kesusahan An masih bersyukur, dan menjadikan itu sebagai membentuk peribadi yang lebih baik lagi. Adik2 AJK kerohanian tahu An dalam kesempitan, ada masanya An menangis, untuk meminta wang pada adik2 An tidak sanggup, kecuaian An yang menyebabkan duit itu hilang, jadi An kena menanggung semua, adik2 ini tidak bersalah. Dan ada seorang adik memberi kata-kata semangat buat An. Menyebabkan An semakin menitiskan airmata (sedihnya ya allah). Diwaktu itu jugak An dalam kemurungan. Allah sedang menguji hamba-hambanya. Kesusahan membuatkan An lebih berjimat cermat dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian. Dan disitu juga An belajar, yakin pada Allah yang memberi rezeki, Allah jua membuatkan kita merasa lapar dan kenyang. pagi roti, tgh hari roti, kadang-kadang petang roti or nasik. Dah bahagi berapa keping sekali makan (1 or 2 keping sahaja). untuk isi perut sahaja bukan untuk kenyang. nanti tidak ada tenaga untuk belajar. Itu pun roti hari-hari muka leh jadi kembang. rakan sebilik An selalu menawar makanan, tapi An tidak mengambilnya. Memberi lebih baik dari meminta pada orang. Walaupun An ingin sembunyikan kesusahannya tapi rakan sebilik tahu jugak. Myb juga tidak sampai hati melihat kakak hanya makan roti =). Ok la tuh dari xdapat makan lansung. Ada sebuah kisah sepasang suami isteri yang hidup susah dari An lagi, dan sepasang suami isteri ini bakal doktor. kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai wang, ketika belajar, jika terasa lapar hanya minum air paip untuk mengurangkan lapar perut, tak silap An buku sejadah cinta. Didalam buku tersebut menceritakan kisah-kisah orang yang beriman dan kesusahan yang dihadapi. dan kisah dimana seorang lelaki yang merasa lapar, mendorong dia untuk mencuri makanan di sebuah rumah seorang perempuan, dan pemuda itu merasa bersalah dan guru pada pemuda itu menyatakan ada seseorang wanita mencari lelaki untuk dijadikan suami, alangkah terkejutnya pemuda itu, wanita yang yang dikahwininya adalah wanita yg dia mencuri makanan di rumah wanita tersebut. Perasaan bersalah itu allah balas dengan kebaikan yang lebih baik. Allah hanya menguji hamba2nya, takat mana kesabaran seseorang. dan satu kisah lagi mengenai pemuda yang bercinta dengan seorang puteri (Tinggi tul iman lelaki tuh) citer nih ala2 mcm kita belajar tasawuf. Bagi An, masih adakah orang seperti dalam citer-citer ini. Jika ada myb orang sekarang akan m'anggap itu kerja gila, tapi sebaliknya orang yang mengatakan kerja gila itu tidak nampak kemanisan disebalik itu. sekian... bersambung di lain hari

Tiada ulasan:

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails