pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Rabu, 6 April 2011

Ayat itu

jiwang bangat sih ayat dari ikhwan..memang betul2 tersentak.... aku rasa mcm ambik dlm novel or cerpen camtu la...wallahualam


**




  • Muslimatku,


  • Apa khabar imanmu hari ini, Aku harap baik-baik saja.


  • Aku dengar hatimu ada masalah.


  • Masalah hatikan?


  • Masalah hati yang khusus mengenai cinta.


  • Aku juga ada masalah sepertimu.


  • Aku suka pada muslimah solehah sepertimu.


  • Terutamanya, dirimu juga penggerak dakwah sepertiku.


  • Kita berada di jalan yang sama,


  • Di tempat yang sama. Kadang-kadang,


  • aku terbayangkan,


  • Alangkah indahnya jika kita dapat bergerak kerja bersama-sama,


  • Bukan sekadar penggerak satu generasi,


  • Tetapi juga sebagai penggerak satu pasangan yang aktif,


  • Yang boleh menjadi contoh kepada adik-adik kita,


  • Untuk terus bersemangat dalam gerak kerja untuk Islam yang tercinta,


  • Aku kira, jika kita bersama sebagai pasangan yang halal,


  • Gerak kerja kita akan jadi lebih lancar,


  • Jika ada meeting, kamu akan mengingatkanku untuk hadir bersama,


  • Jika ada program, kita akan sama-sama ke tempat program,


  • Jika ada jemputan untukku memberi pengisian,


  • Kamu akan menemaniku sehingga lewat malam,


  • Walaupun aku letih dan penat,


  • kamu tetap ingatkan aku untuk bertahajud,


  • Aku akan sentiasa menghargainya,


  • Muslimatku,


  • Namun begitu, kamu semestinya tahu kita masih lagi di pengajian,


  • Kita masih lagi belajar untuk menuntut ilmu,


  • Kita masih lagi menggunakan bantuan PTPTN untuk keperluan harian,


  • Kita masih lagi membayar sewa rumah dengan menggunakan duit mak dan ayah,


  • masih lagi mengharapkan sahabat-sahabat kita jika ada masalah kewangan,


  • Kita juga tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membimbing anak-anak kita kelak,


  • Semua ini aku dapat membayangkan betapa aku akan mengecewakanmu,


  • Jika aku hanya mampu memberikanmu rumah tumpangan untuk kita berteduh,


  • Jika aku hanya mampu membayarkan duit tambang bas untukmu ke kuliah,


  • Jika aku hanya mampu meminjam duit kawan untuk kita makan,


  • Jika aku hanya mampu ajar ABC untuk anak-anak kita,


  • Maafkan aku muslimat, Aku tidak sanggup melihatmu dalam kesusahan, Aku tidak sanggup melihatmu menderita,


  • Aku tidak sanggup untuk semua itu,


  • Kamu muslimatku,


  • Aku akan menjaga kamu sebaiknya,


  • Aku akan memberikanmu tempat berteduh yang selasa untuk kita,


  • Aku akan memberikanmu kereta untuk kita bergerak ke tempat program,


  • Aku akan menyediakan ilmu yang cukup untuk kita ajar anak-anak kita tentang Islam,


  • Tapi semua itu aku hanya mampu berikan kepadamu selepas kita grade,


  • Aku akan mencari kerja yang terbaik untuk keluarga kita,


  • Aku akan mengumpulkan wang secukupnya untuk masa depan kita,


  • Bersabarlah wahai muslimatku,


  • Bukan aku sengaja membuatmu tertunggu-tunggu,


  • Bukan aku sengaja membiarkanmu memikirkannya sendirian, Tetapi semuanya kerana ingin membuatmu bahagia,


  • Setelah aku sudah tidak perlu kepada bantuan orang,


  • Saat itu, aku akan mengkhitbahmu secara terhormat,


  • Saat itu, semuanya telah tersedia untukmu, Untuk kita terus bersama dalam gerak kerja dakwah kita,


  • Untuk kita terus bersama untuk memperjuangkan Islam tercinta, Maafkan aku muslimat, Jika hari ini aku hanya mendiamkan diri tanpa menyatakan keinginanku kepadamu,


  • Jika hari ini aku hanya membiarkan persoalan-persoalanmu tanpa jawapan,


  • Jika hari ini aku hanya memandangmu dari jauh sebagai tanda hormatku padamu, Maafkan aku muslimat.


  • Ayuhlah, Kita sama-sama membaiki diri untuk masa depan kita,


  • Kita sama-sama memperpanjangkan malam-malam kita dengan qiam,


  • Kita sama-sama mengisi kelapangan waktu dengan zikrullah,


  • Kita sama-sama menimba ilmu duniawi dan ukhrawi,


  • Untuk kita membiasakannya di saat kita berkeluarga, Untuk kebaikkan anak-anak,


  • Untuk kebaikkan mad’u- mad’u kita,


  • Bersabarlah muslimatku,


  • Jika di dunia ini kita tidak diberi kesempatan untuk bersama,


  • Berdoalah untuk kita bertemu di syurga.


  • Kerana perjuangan kita adalah jihad fisabilillah.


  • Yang ikhlas, Musliminmu.

Tiada ulasan:

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails