pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Khamis, 29 April 2010

qad af lahal mu'minum

Qad af lahal mu'minum (sungguh pasti menang orang yang beriman)
alladzina hum fi solatihim khasyiun

Al-mu'minum :1-11

sesungguhnya telah mendapat kemenangan orang-orang yang beriman
iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka.

orang yang berpaling dari perkara-perkara yang tidak berguna

orang yang memelihara kehormatan mereka

orang yang menjaga amanat dan janji mereka

orang yang memelihara solat mewarisi syurga firdaus



Adalah akhlak Rasulullah S.W.A itu Al-Quran


Iman - ilmu, yakin dan amal

Ilmu- - merupakan pokok pangkal dari iman dan agama

ada ilmu tambah yakin tapi tanpa amal juga bukan iman dan sebaliknya


di petik dari buku roh solat dan hikmahnya - T.A.LATHIEF ROUSYDIY

Rabu, 28 April 2010

Kain Cinta Putih

www.iLuvislam.com
Dihantar oleh: Ulama' ummah* (hasil tulisan: Mohd Zahid bin Abu Bakar)


Peluh mengalir deras membasahi seluruh tubuh kecil yang sedang asyik membanting tulang empat kerat. Setiap kali titisan peluh itu mengalir meluruti dahi menuju ke kelopak mata, pantas dikesat dengan lengan bajunya. Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh. Namun, tubuh kecil itu tetap menggagahkan diri untuk menghabiskan bakian kerjanya. Jika dituruti rasa letih dan penat itu mungkin akan mengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.

“Pak Majid! Lidi yang telah diraut ni Kudin letakkan di atas para bawah rumah. Buah kelapa yang Kudin kutip tadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepi tangga di belakang rumah sana” ujar Kudin sebaik sahaja usai kerjanya meraut lidi serta memungut buah-buah kelapa kepunyaan Pak Majid.

“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini. Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majid bersihkan kebun?” kata Pak Majid sambil menghulurkan sejumlah wang kepada Kudin.

“Insya Allah. Kalau mak Kudin tak sakit, Kudin datang bantu Pak Majid besok” balas Kudin. Setelah berjabat tangan, Kudin meminta izin pada Pak Majid untuk pulang ke rumahnya. Dengan secangkir senyuman ikhlas, Pak Majid membenarkan Kudin pulang. Selepas terungkap lafaz salam Kudin pun meninggalkan Pak Majid.


Kudin mendongak ke langit. Sang mentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatu petanda menandakan bahawa waktu Zohor hampir tiba. Seolah-olah ia adalah satu suruhan tanpa suara kepada semua manusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama. Langkah kaki yang disusun semakin pantas diatur. Menyusuri denai dan semak menuju ke pondok usang tinggalan Allahyarham bapanya. Sekalipun pantas, kewaspadaan terhadap rintangan yang sedia tersaji menjadi satu signifikan dalam dirinya. Kecelakaan mungkin boleh berlaku. Paku, duri dan kaca bakal tertusuk menembusi telapak kakinya andai dia tidak berwaspada dan berhati-hati. Rutin hariannya akan tergendala sekiranya hal sedemikian menimpa dirinya.


“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni” laung Kudin memanggil ibunya.
“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik. Masuk nak” jawab makcik Habibah, ibu Kudin. Dia hanya mampu menyambut kepulangan anaknya itu sehari-hari dengan kata-kata manis. Dia mengharapkan agar kata-kata itu menjadi pemangkin serta penawar keletihan anaknya. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu mengizinkan anak sulungnya itu bekerja. Dia amat menginginkan Kudin mendapat pelajaran seperti anak-anak orang lain yang seusianya. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia kini lumpuh kedua-dua belah kaki akibat dari kemalangan yang dialaminya ketika Kudin masih berusia dua tahun dan Zubaidah anak keduanya berumur setahun. Kemalangan itu telah meragut nyawa suaminya yang merupakan ketua keluarga mereka. Tetapi dia yakin bahawa Allah s.w.t tidak bersifat kejam. Allah s.w.t tidak menzalimi keluarganya. Ujian yang dialaminya kini adalah tarbiah dari Allah. Ujian ini bukanlah satu penganiayaan tetapi satu penilaian dari Allah terhadap dirinya. Dia juga telah menitipkan keyakinan ini terhadap kedua-dua anaknya. Mereka anak-beranak redha dengan ketentuan Allah ini.

“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.
“Belum. Mak tunggu abang. Kita makan sama-sama ya”

“Baik. Em! Adik mana mak?”

“Ke belakang katanya tadi. Ambil batang lambok buat ulam” ujar Makcik Habibah.

Kudin melangkah keluar meninggalkan ibunya menuju ke belakang rumah mereka.

“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegur Kudin. Sejak dia pandai menyebut nama adiknya itu, belum pernah dia meringkaskan nama Zubaidah. Dia sangat menyayangi adiknya. Zubaidah juga senasib dengannya. Tidak mendapat pendidikan kerana kemiskinan keluarga mereka.

“Ambil lambok ni. Abangkan suka makan ulam lambok cicah dengan sambal tempoyak. Adik goreng ikan je hari ni. Tak sempat nak masak gulai. Tadi, asyik sangat berkebun sampai terlewat masak. Abang tak marahkan?” ujar Zubaidah sayu. Dia bimbang akan dimarahi abangnya.

Kudin menghampiri Zubaidah lantas mendakapnya dengan penuh manja. Diusapnya rambut halus Zubaidah perlahan-lahan. Dahi si adik dikucup. Ditatapnya wajah Zubaidah beberapa ketika. Kemudian diukirnya sekuntum senyuman untuk Zubaidah.

“Tak marah. Adik abang tak pernah buat abang marah. Tak ada gulai pun kita tetap makan jugak kan. Bukankah mak selalu pesan pada kita yang makan ni untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Adik abang ingat lagikan” tutur Kudin menyantun lembut.

“Adik ingat abang” balas Zubaidah.

“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?” tanya Kudin.

“Kacang panjang dengan timun. Sedap ni kalau cicah dengan tempoyak” jawab Zubaidah sambil tersenyum bangga.

Kedua-dua beradik itu berjalan dalam pelukan melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluarga makan dengan penuh kemesraan. Kudin dan Zubaidah bergilir-gilir menyuap nasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuh itu seakan terlupa akan kesempitan hidup mereka bila melihat telatah kedua-dua anaknya.

***********

“Siapa tahu apa maksud anak soleh?” tanya Ustaz Taufiq menguji kefahaman murid-muridnya. Semua muridnya terlopong sambil berpandangan sesama mereka. Tidak kurang juga segelintir dari mereka yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Nurul Husna! Boleh terangkan pada kawan-kawan apa yang Nurul Husna tahu tentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiq kepada salah seorang muridnya yang sedang asyik membelek-belek kotak pensel. Dalam keadaan terpinga-pinga Nurul Husna senyum tersengih. Giginya yang rongak bahagian depan mengurangkan sedikit seri wajahnya. Ustaz Taufiq tersenyum. Dia faham benar dengan kerenah semua muridnya. Diajunya soalan yang sama kepada Abdul Rafiq pula. Abdul Rafiq merupakan murid yang paling nakal dalam kelas itu tetapi amat luas pengetahuannya. Ibunya juga seorang guru agama. Dia mengajar di kampung sebelah.

“Saya, kalau anak soleh tu tak tau la Ustaz. Tapi kalau anak Salleh tu saya kenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambil tangnnya menunjuk ke arah Nur Shahirah. Nur Shahirah ialah anak Pakcik Salleh tukang gunting rambut kampung mereka. Dia terkejut. Kemudian terus menangis kerana kelas mentertawakannya.

“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketuk ke meja. Ustaz Taufiq mententeramkan kelasnya. Abdul Rafiq didendanya. Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.

“Anak soleh ialah anak yag sentiasa patuh dan taat kepada perintah kedua ibu bapanya selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan nabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.

“Kita tidak boleh melawan kata-kata ibu dan bapa kita. Nabi s.a.w bersabda : Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa” jelasnya lagi.

“Dan yang paling utama ialah anak yang soleh ini sentiasa mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya di dunia dan akhirat” sambungnya lagi. Semua muridnya terdiam. Bermacam-macam reaksi dari mereka apabila mendengar penjelasan itu. Ustaz Taufiq mengerti keluh-kesah murid-muridnya.

“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?” pintanya.

Semua murid memandangnya. Dia membiarkan mereka terdiam sebentar. Sambil menarik nafas dia bertanyakan satu soalan kepada mereka.

“Awak semua sayang tak pada mak dan ayah awak?” soalnya.

“SAYANG” jawab mereka serentak.

“Awak semua nak tak mereka masuk syurga?” soalnya lagi.

“NAK”

“Jadi, kalau awak semua nak mereka masuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebab anak yang sayangkan ibu dan bapanya mesti pandai tentang agama Islam. Agama Islam mengajar kita cara berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalau awak semua nak pandai berdoa untuk mak dan ayah awak, mesti kena datang sekolah agama hari-hari. Inilah bukti kita cintakan mak dan ayah kita” jelasnya berjela.

“Apa bukti cinta kita pada mak dan ayah kita?” tanya Ustaz Taufiq pada murid-muridnya.

“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOA UNTUK KEBAHAGIAN MAK DAN AYAH KITA, USTAZ” serentak dijawab oleh semua muridnya.

Kudin yang sedari tadi duduk di luar kelas menitiskan air matanya. Dia hanya mendengar pengajian itu dari luar kelas kerana tidak mampu untuk membayar yuran. Begitulah rutin hariannya hampir setahun. Selama itu juga tidak seorang pun menyedari kehadirannya. Dia juga tidak ingin kehadirannya diketahui. Bimbang mengganggu ketenteraman orang lain. Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanak kampung itu tidak berapa suka berkawan dengannya. Malah mereka menggelarnya dengan gelaran Kudin Kurap. Dia sendiri sehingga kini masih memikirkan kenapa dia digelar “kurap” walhal setompok kurap pun tidak pernah bertunas di tubuhnya. Barangkali kerana pakaiannya yang lusuh menyebabkan dia dihina sedemikian.

Kudin mengesat air matanya. Otaknya berputar memikirkan kata-kata Ustaz Taufiq sebentar tadi. Bukti cinta seorang anak kepada ibu bapanya ialah hadir ke sekolah agama setiap hari. Kenapa? Supaya faham tentang agama Islam. Untuk apa? Untuk mengetahui cara mendoakan kesejahteraan mereka. Sekali lagi air matanya berderai ke pipi. Bagaimana mungkin untuk dia hadir ke sekolah setiap hari. Hendak membayar yuran pun dia tidak mampu. Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau setakat mendengar dari luar kelas sebegini bagaimana untuk dia lekas pandai berdoa. Belajar perlu diuji. Ujian untuk mengetahui tahap kefahaman seseorang. Itulah antara butiran permata bicara yang didengarinya dalam khutbah jumaat yang lepas. Dia tidak bisa diuji kalau tidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.
Kudin terus menangis sambil meratapi takdir dirinya. Bukan menyesali. Tapi dia seorang kanak-kanak. Dia tidak setabah ibunya. Air matanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk ke dalam kelas tanpa ia sedari. Suara tangisannya telah menarik semua murid berlari meluru ke arah jendela.

“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak. Kudin terkejut dan cuba lari beredar. Akan tetapi langkah kakinya terhalang oleh suara Ustaz Taufiq yang memanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas ke luar kelas mendapatkan Kudin.

“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.

“Fakhruddin bin Mansur”

“Tapi orang panggil saya Kudin” jelas Kudin.

“Tak mengapa. Kalau orang panggil awak Kudin biar Ustaz panggil awak Fakhruddin. Nama kita adalah doa” jelasnya.

“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelas belajar bersama kawan-kawan lain” tanyanya pula.

“Saya tak ada duit untuk bayar yuran dan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.

Ustaz Taufiq berfikir seketika. Dahinya berkerut. Dipejamkan matanya mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t agar bisa dirungkaikannya masalah ini. Hati dan fikirannya berbicara rancak mencari jalan penyelesaian.

“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tu awak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaz nak uruskannya. Cuma tentang baju tu masalah sikit. Sekolah ni sentiasa dipantau oleh pegawai dari majlis agama. Mereka mahu semua murid di sini datang sekolah dengan pakaian seragam. Baju melayu putih sepasang serta sampin hijau dan bersongkok hitam. Ustaz tak mampu nak bantu awak beli baju tu” terangnya memberi jalan.

“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanya Kudin.

“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak ada anak lelaki. Setahu Ustaz kita kena tempah baju tu. Cuba awak tanya pada kedai Ah Seng di pekan” sarannya.

“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerja mengambil upah membantu orang-orang kampung. Beginilah, mulai esok saya akan bekerja dengan lebih kuat. Walau apa cara sekalipun saya mesti dapatkan baju itu. Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta saya pada mak dan ayah saya” ujar Kudin penuh bersemangat. Ustaz Taufiq sungguh terharu. Dia berdoa didalam hati memohon kejayaan Kudin.


***********

Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagi hingga lewat petang. Berbagai-bagai kerja yang dilakukannya. Menebas, mengutip kelapa, membersih kolam ikan dan banyak lagi. Tujuannya hanya satu. Baju seragam sekolah agama. Dia mesti berusaha dengan sekuat tenaganya kerana Allah sentiasa bersikap adil terhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allah setimpal dengan usaha hambaNya. Sekiranya kuat kita berusaha maka banyaklah yang akan kita perolehi hasilnya dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Tiga minggu Kudin memerah keringat untuk mencapai cita-citanya. Hari ini dia akan ke kedai Ah Seng di pekan untuk menempah baju yang diingininya. Dia merasakan wangnya telah mencukupi. Sengaja dia tidak bertanya terlebih dahulu tentang harga di kedai Ah Seng seperti yang disarankan oleh Ustaz Taufiq. Upah selama tiga minggu kerja bermati-matian dirasakannya cukup untuk menempah baju seragam tersebut. Sebelum ke pekan dia bertemu dahulu dengan ibu dan adiknya Zubaidah untuk memberitahu hajatnya ini. Mereka berdua gembira mendengarnya.

“Zubaidah! Abang janji. Kalau abang dah masuk sekolah agama nanti, abang akan ajar adik apa yang abang belajar” ujar Kudin kepada Zubaidah.

“Terima kasih abang. Eh! Silap. Ustaz Abang” jawab Zubaidah sambil berseloroh mengusik abangnya.

“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nak kita berdua jadi anak yang soleh” ujar Kudin bersemangat. Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksud abangnya.

“Adik jaga mak ya” pesan Kudin pada Zubaidah.

“Mak! Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta dan kasih sayang abang pada mak, ayah dan adik. Mak doakan abang ya” kata Kudin pada ibunya.

“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak mak” jawab ibunya dengan linangan air mata kebanggaan.

Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknya menuju ke pekan. Dalam perjalanan dia membayangkan betapa segaknya dia dengan pakaian seragam itu nanti. Dia semestinya puas. Pakaian seragam itulah tanda cintanya terhadap keluarganya. Dan yang paling membanggakan ialah dia mendapatkannya dengan wang hasil usahanya sendiri.

***********

“Tauke! Saya mahu tempah baju untuk sekolah agama. Berapa dia punya harga?” tanya Kudin kepada tauke Ah Seng.

“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu. Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanya tauke Ah Seng.

“Ya la tauke. Macam mana tauke boleh kenal saya punya bapak?” tanya Kudin kehairanan.

“Gua ha. Sama lu punya bapak banyak baik dulu-dulu. Lu tadi mau tempah sekolah agama punya baju bukan. Dia punya halga RM35. Tapi itu mahal punya kain la. Kalau mulah punya kain gua kasi lu RM20. Tapi itu kain Melayu bikin bungkus olang mati la” jelas tauke Ah Seng.

“Itu songkok berapa harga dia tauke?” tanya Kudin sambil menunjuk ke arah songkok hitam di dalam almari kaca.

“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”

“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”

“Ini macam la budak. Gua punya anak ala ini songkok. Dulu dia ala masuk sekolah punya pancalagam. Sikalang tatak ala pakai lagi. Gua kasi lu angkat. Hadiah gua sama lu. Dia punya kepala sama lu punya kepala ala sama”

“Terima kasih tauke. Saya mau angkat kain yang murah punya. Lebih duit ni saya bikin belanja”

“Banyak bagus la itu macam. Sini mali. Gua kasi ukur lu punya badan dulu” minta tauke Ah Seng. Sambil mengukur dia rancak bercerita itu dan ini tentang bapa Kudin. Ternyata mereka terlalu akrab suatu masa dulu.

“Lagi satu minggu lu latang sini kasi angkat lu punya baju. Itu jam juga lu boleh masuk sekolah agama” beritahu tauke Ah Seng.

“Terima kasih tauke. Ini baju tanda cinta saya pada saya punya mak, ayah dan adik saya”

“Banyak baik lu punya hati. Saya banyak suka dapat jumpa lu ini hali”

“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”

Kudin terus berlari pulang ke rumahnya kerana terlalu gembira. Dia perlu segera sampai ke rumah untuk berjumpa ibu dan adiknya. Mereka juga harus merasai sama berita gembira ini.

“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun lu boleh sampai rumah” jerit tauke Ah Seng kepada Kudin dari dalam kedainya. Kudin berpaling sambil melambai-lambai tangannya kepada tauke Ah Seng.

“BANG!!!”

Dengan tidak semena-mena muncul sebuah kereta yang bergerak laju menghala ke arah Kudin serta melanggar tubuh kecil itu. Hentakkan yang kuat menyebabkan Kudin tercampak 30 meter ke hadapan. Tauke Ah Seng yang melihat kejadian itu di depan matanya menjerit sekuat hati. Dia kemudian berlari ke arah Kudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke Ah Seng memangku kepala Kudin yang diselubungi darah di atas pahanya. Dia berteriak kepada orang ramai supaya menahan mana-mana kereta untuk membawa Kudin ke hospital berdekatan.

Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung dan mata selain melalui bahagian kepala Kudin yang luka parah. Kaki dan tangannya terkulai. Kudin berdengkur. Dari perlahan bertukar kuat. Kemudian keluar darah berbuih dari mulutnya. Selepas itu tiada lagi sebarang tindak balas dari tubuh kecil itu. Kudin tidak bergerak. Nafas yang tadinya tercungap-cungap kini telah terhenti. Terhenti untuk selamanya. Orang ramai yang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergi menemui Tuhannya.

***********

“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dah nak masuk Asar masih tak balik-balik lagi” rungut Makcik Habibah.

“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampai Zohor abang dah ada di rumah” jawab Zubaidah.

“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada van masuk ke rumah kita” kata Zubaidah.

Makcik Habibah kaget. Dia tergamam melihat sebuah van menghala ke rumahnya. Dia kenal benar dengan van itu. Van jenazah hospital. Zubaidah hanya memerhatikan van itu sehingga berhenti di hadapan pintu rumahnya tanpa mengerti seperti ibunya. Keluar dua orang lelaki dari van tersebut menuju ke depan pintu rumah mereka.
“Assalamualaikum!” salah seorang dari mereka memberi salam.

“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.

“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanya lelaki yang seorang lagi.

“Ya” jawab Makcik Habibah.

“Kami harap makcik banyak-banyak bersabar. Anak makcik Fakhruddin kemalangan. Dia dah meninggal. Ni kami datang hantar jenazahnya” jelasnya.

“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kami jalan ke mari” ujar lelaki yang memberi salam tadi.

Zubaidah terus mendakap ibunya serta menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Mereka dua beranak berpelukan menangisi pemergian Kudin.

Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalam rumah kecil mereka. Jenazahnya diletakkan ditepi pembaringan ibunya. Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknya yang tidak lagi bernyawa. Dikucupnya kedua-dua belah pipi dan dahi jenazah anaknya itu. Kemudian diikuti oleh Zubaidah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh ibunya. Lama dia mendakap. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya. Makcik Habibah menenangkan anak perempuannya itu. Zubaidah mengalah dengan kata-kata ibunya. Dia terusan menangis dipangkuan ibunya.

“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lu punya anak. Tadi sebelum kena langgar dia ada bili dekat gua punya kedai” kata tauke Ah Seng sambil menghulurkan kain putih yang dibeli oleh Kudin di kedainya. Makcik Habibah menyambut kain putih itu. Dia kemudian mengucup kain itu beberapa kali. Kain yang ingin Kudin jadikan baju melayu itu akan digunakan sebagai kain kapan jenazahnya. Kain putih yang ingin dijadikan bukti cintanya kepada ibu, bapa dan adiknya kini menjadi pembalut tubuhnya bertemu Allah cinta yang hakiki.


* Ulama' ummah merupakan salah seorang daripada penulis jemputan di iLuvislam.com,halaman blog beliau boleh dilayari di ulamaummah.blogspot.com

Nilainya Sekeping Hati

Muhammad Jefri Bin Mohd Yusof
Editor : arisHa27

Krrriing....

Anak-anak kecil berduyun-duyun melewati pintu pagar sekolah. Entah apa yang dikejarnya. Sinaran mentari terik tidak diendahkan mereka. Jeritan "Pak Guard" meminta mereka menunjukkan sedikit tingkah manusia, tenggelam dalam keasyikan dunia tanpa dosa anak-anak kecil itu. Penjual ABC tidak lepas tangan melayan anak-anak yang rakus itu. Banyak karenah dilihat. Penuh ragam tengah hari itu.

Pintu keretaku dibuka.

“Eh Amin, anak umi. Mana Liya? Selalu dia tumpang kita pulang?”

“ Liya tak boleh balik la. Dia kena kelas tahanan. Itulah. Cikgu suruh eja ayam pun tak reti. Makan ayam tahu pula!” getus anak tunggalku ini lalu melabuhkan punggung di kerusi hadapan.

Kereta yang dipanduku meluncur laju.

“ UPSR dah nak dekat tapi banyak yang Liya tak tahu lagi. Banyak sangat! Amin risau ni umi! Liya kata dia nak jadi doktor macam umi tapi eja ayam pun tak lepas. A.Y.A.M, ayam!” anakku berceloteh.

“ Prihatin betul anak umi seorang ni. Tapi Min, kalau Allah bagi kekurangan pada seseorang, Allah bagi kelebihan juga sebagai keseimbangan. Allah sayang semua makhluk-Nya. Umi tengok Liya tu cantik juga ya, rajin bantu ibunya di rumah. Berkenan umi nak jadikan Liya menantu!” kataku sambil melirik ke arah anakku.

Amin mencebik.

“ Amin kecil lagi la. Amin nak dapat kerja baik-baik dulu, beri umi kesenangan, kumpul harta, lepas tu baru Amin fikir pasal jodoh. Emm, umi cuti hari ini kan? Umi masak apa hari ini? ” anakku mengubah topik.

“Ya, umi cuti hari ini. Jadi, ada lah masa untuk umi masak sedap-sedap. Umi ada buat sambal hati hari ini. Kegemaran Amin kan. Tapi tak boleh makan selalu tau. Tak berapa baik untuk kesihatan,” terangku.

“ Tapi kalau tak baik untuk kesihatan, kenapa umi masak juga?”

“ Sebab umi nak ...

Ingatanku lantas terbang...melayang...

***

Pagi itu keputusan STPM diumumkan. Aku mendapat keputusan yang agak cemerlang. Berkat doa ibu bapa, guru-guru dan sahabat. Aku tersenyum. Betapa Allah itu maha adil. Dia menggantikan sesuatu yang baik dengan yang lebih baik.

“ Nur, pergi kedai Pak Mail kejap. Beli beras pulut dan ikan bilis sedikit. Mak nak jamu orang surau esok. Ayah nak buat doa selamat sedikit.”

Laungan ibu dari dapur memecah khayalanku.

Segera ku mendapatkan basikal yang banyak berjasa membantu ayah mendapatkan rezeki untuk keluarga di bawah rumah.

“ Tahniah kak Nur! Mat dengar kak Nur jadi pelajar terbaik kampung kita. Tak sia-sia Mat doa untuk Nur tiap malam. ”

Aku yang sedang membongkok di bawah rumah terhantuk pada alang rumah. Terkejut.

“ Mat rupanya. Lain kali bagi la salam dulu. Terkejut akak. Alhamdulillah Mat. Rezeki akak.”

Mat memang begitu. Tibanya tak terkesan, perginya tak terlihat. Namun hadirnya sangat terasa.

“ Maaf kak. Emm... Mat dengar kak nak pergi kedai Pak Mail kan? Nak ikut! Mat nak beli choki-choki. Tapi..Mat tak bawa duit la ” sengih Mat menampakkan gigi kuningnya.

“ Nak suruh akak belanja la tu. Nasib baik mood akak happy hari ni. Dah, cepat duduk belakang. Isk, seluar tu naik atas la sikit Mat. Nanti londeh, satu kampung gelakkan Mat tau.”

Kataku disambut leretan senyumannya yang ikhlas. Angin menghembus damai ke pipiku. Kayuhanku agak perlahan lantaran membawa ‘muatan’ yang tidak disangka. Perjalananku yang agak jauh tidak jemu tatkala melihat padi yang sedang menguning sambil mendengar celoteh si Mat. Gembira.

“ Kak Nur ni baiklah. Akak je yang nak kawan ngan Mat. Orang kampung kata Mat tiga suku, tak betul, ting-tong. Kenapa akak kawan juga dengan Mat? Ke akak pun macam Mat? Sebab tu kita ngam kan, akak?”

Pertanyaannya membuatku terpinga.

“Emmm..betullah tu...akak pun lebih kurang macam Mat la. Cuma akak ada kelebihan sedikit daripada Mat. Akak pandai bawa basikal,” senyumku.

Hatinya kulihat berbunga. Aku meneruskan perjalanan. Dengan perasaan yang masih sama. Gembira. Aku memberhentikan kayuhan. Semua mata memandangku dengan emosi yang sama. Sinis. Aura kejelekan kuat kurasakan dari sekeliling. Kecuali dari pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang memberi rasa hormat penciptaan terhadap kami berdua. Terbit juga dari haiwan sosial-dalam kalangan mereka rasa itu. Segelintir.

Aku tahu mereka bercakap-cakap tentangku. Memuji kejayaanku pagi tadi dalam sindiran.


“ Nur, tempoh untuk pembayaran yuran tinggal tiga hari lagi. Elok disegerakan untuk memudahkan pendaftaran STPM kamu itu ya. ”

Peringatan guruku yang boleh kutelah sebelum kelas bermula. Pasti disahut oleh suara belakang yang merentap iman. Sedang aku hanya mengangguk sebagai tanda memahami peringatan guru.

“ Ala cikgu, Nur tu bukan ada duit. Ayah dia menoreh pun getah orang. Dibahagi tiga pula.”

Kedengaran seperti memahami tetapi manusia hanya melihat apa yang di hadapannya tanpa mahu membelek.

“Tapi cikgu, kalau malam ni dia pergi rumah Mat tiga suku , panjat katil ayah si Mat tu, esok juga dia bayar yuran tu cikgu, bukan tak biasa si Nur buat kerja macam tu” lantangnya memburaikan gelak tawa seisi kelas.

Aku diam. Geram. Maruahku dipermainkan anak wakil rakyat yang dikatakan berpengaruh. Di dunia. Mujur aku ditenangkan oleh sahabat-sahabatku. Minoriti . Guru biologi itu menenangkan kelas. Jelas bersimpati denganku, die mendahulukan wangnya. Semoga dilangsai dalam minggu hadapan dengan kadar separuh. Separuh lagi sebagai jariahnya di alam sana. Syukur.

Duit yang dikumpul ayah sejak enam bulan lalu kian cukup menjelang minggu hadapan untuk melangsaikan sebahagian yuran. Syukur. Bererti enam bulan yang jerih bakal berhenti. Tidak bermakna hari mendatang menjadi bangsawan. Cuma lebih baik. Sekurangnya tidaklah setahun. Tidaklah menjadi makruh.

“ Pak Mail, kira semua ni. ”

“ RM 18.60 ”

Not-not berwarna dihulurkan sambil diperhati. Aku terkesan suara yang sudah lali didengar. Suara yang berniat merendahkan. Suara anak wakil rakyat itu. Khairul.

“ Banyak duit cik akak? Katil siapa pula kau panjat malam tadi ha? Sejak bapak si Mat meninggal, pandai kau cari kabel lain ye. Kasihan kau. Otak pandai, tapi tergadai! Aku pun nak jugak try kau kalau kau free malam ni.” Kahkahkah..

Aku panas.

“ Eh abang Khairul, kenapa cakap macam tu. Tak sopan betul! Tak baik cakap macam tu kat kak Nur. Kak Nur baik la. Bukan yang macam abang fikirkan. Pak Din penat kerja tau, kumpul duit. Didik kak Nur. Mat dengan kak Nur lebih kurang je. Mat tiga suku, kak Nur empat suku kot sebab kak Nur pandai bawa basikal, Mat tak pandai.” Mat bersuara.

Aku tak tahu sama ada Mat menjernih atau memburukkan lagi keadaan. Jelas , aku mendengar deraian gelak ketawa yang bertambah kuat di saatku melangkah keluar. Segera aku memberi choki-choki yang diidam oleh Mat sedari tadi, juga sebagai simbolik terima kasih. Lalu beransur pulang. Jalan yang sama. Emosi yang berbeza.

Petang itu, aku menyatakan hasrat untuk mengesahkan permohonan kemasukan ke IPT kepada kedua ibu bapaku. Mata ayah nyata berkaca. Lagi. Ibu juga. Aku tahu keadaan keluargaku tidak mengizinkanku mendahulukan kehendak hati.

“ Program perubatan tu mahal. Anak Mak Limah sebelah rumah ni tiap-tiap bulan minta duit. Beli itu, beli ini. Mujur harta peninggalan arwah pak Leman cukup untuk tanggung anak tunggalnya itu.”

“Tapi Timah, ini sahaja jalan keluar daripada kesusahan kita. Abang boleh minta tolong daripada adik-beradik abang yang lain. Terpaksalah kita berhutang buat sementara waktu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

“Timah takut si Nur tu lemas dengan kehidupan kota. Rakit yang kita ikatkan untuk dia mungkin terlerai atau diputuskan oleh tangan lain. Mana kita nak cari buluhnya lagi?” Ayah terdiam.

Aku mencuri dengar perbualan mereka di dapur. Aku faham. Ayah tahu bahawa ini merupakan percaturan yang sangat penting demi kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Aku berada di persimpangan. Selain program perubatan di UKM, aku juga mendapat panggilan temu duga maktab perguruan. Dua cabang kerjaya yang sangat berbeza. Baik dari segi pelajaran, tempat bekerja, lebih-lebih lagi kos pembiayaan.


Hari ini merupakan penggal baru dalam hidupku. Kulihat bangunan-bangunan dan kemajuan sedang rancak berlari. Kepesatan dan kemodenan bandar membuatku berasa gusar akan iman ini akan bergoyah. Bangga. Aku melihat papan tanda Institut Perguruan Kuala Lumpur tersergam indah. Setiap hari aku akan menatapnya sehingga akhir pengajianku dan aku akan keluar sebagai salah seorang nahkoda yang akan mengemudi bangsaku ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

Aku rasa tindakanku yang menurut kata ibu bapaku untuk mengikuti program ini adalah tepat. Cuma mereka tidak bersama denganku pada hari pertama aku memulakan langkah baru di dunia yang baru. Jimat barangkali. Ya. Fakulti perubatanku bersebelahan dengan institut perguruan yang pernah menjadi dilema untuk aku memasukinya.

Aku berharap ibu bapaku dipanjangkan umur untuk aku membalas jasa mereka. Aku tahu ayah banyak berkorban dan sanggup menebalkan muka ke sana-sini supaya aku dapat berdiri di sini. Aku akan sentiasa berhati-hati mendayung rakitku ini yang bila-bila masa sahaja boleh terumbang-ambing dengan perkara-perkara yang remeh-temeh.

Hari pertamaku. Khairul. Dia satu kelas denganku. Aku tahu sikapnya yang suka memperlekehkan orang lain tidak mungkin berubah tambahan dengan ego orang kayanya yang tinggi itu. Hari itu suai kenal. Aku tidak perlu berkata apa-apa. Terima kasih Khairul kerana telah memperkenalkan diriku dengan begitu terperinci.

Hikmahnya, aku tidak perlu gugup untuk berdiri di atas pentas memperkenalkan diri kerana aku sudah sedia gugup di bawah pentas tatkala kau di atas pentas, memperkenalkan aku. Sayangnya kau tidak mengambil gambar rumahku untuk dipertontonkan supaya gelak tawa dan sokongan untuk kau bertambah kuat lagi! Hati kau Khairul, busuk!

Kehidupan sebagai pelajar perubatan memang mencabar dengan pelbagai onak. Syukur aku diiringi doa dan restu daripada keluarga. Prestasiku tidak secemerlang Khairul yang mampu membeli buku rujukan khas dan peralatan belajar yang lengkap. Tambahan dengan perangainya yang ‘konsisten’ itu, aku tidak pasti sama ada kejayaannya itu sebagai istidraj ataupun maunah mahupun karamah. Tapi aku diajar untuk bersangka baik.

Hari raya bakal menjelma. Dengan sedikit duit biasiswa yang aku terima aku membelikan ahli keluargaku pakaian raya baru yang aku kira sudah lima tahun tidak bertukar. Girangnya aku kerana dapat pulang setelah setahun tidak pulang kerana terpaksa berjimat. Cuti semester dijadikan waktu belajar dan alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir tahun melayakkan aku menerima anugerah dekan. Jelas terbayang wajah ibu bapaku yang tidak hadir sebagaimana ibu bapa yang lain. Aku faham. Mengerti.

“Assalamualaikum. Kak Nur dah balik? Akak beli apa untuk Mat? Akak kan duduk dekat Kuala Lumpur sekarang ni. Mesti macam-macam ada kan. Seronoknya kak!”

“Waalaikumsalam. Ha pandai pun beri salam . Tidak la akak terkejut lagi. Mat, akak bukan duduk la. Akak belajar di Kuala Lumpur. Entah lah. Akak tak suka berjalan. Ramai orang jahat! Mat tak suka orang jahat kan? Ala, akak tak beli apa-apa la..takpe-takpe, nanti akak bawa Mat pergi kedai Pak Mail, kita beli choki-choki ya.? Tapi sekarang bulan puasa kan? Tak boleh makan siang. Mat puasa tak ni?”

“hehehe...Penat. "

Petang itu juadah disediakan bermacam-macam jenis kerana ada moreh di surau dan mak dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya. Aku membantu. Syukur kehidupan kami bertambah baik. Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah rendah. Biasiswa yang aku terima sedikit-sebanyak mengurangkan beban kewangan mereka. Aku mencapai tudung dan mengusung basikal ke laman.

“ Mak, Nur nak pergi hantar bekal buat ayah berbuka ni, lepas tu Nur nak pergi ke kedai pak Mail kejap, ” laungku kepada ibu.

“ Isk Mat ni cepatlah sikit, dah nak berbuka ni, mana lagi nak pergi hantar bekal, beli choki-choki lagi. Ha..nasib baik dah pandai pakai seluar elok-elok. Macam ni baru segak! ”

Teguranku disambut dengan senyuman yang menyeringainya itu. Giginya masih kuning. Perjalanan yang sama. Emosi yang sama. Gembira. Padi mula menguning. Angin sepoi-sepoi bahasa membelaiku. Mat terus dengan celotehnya yang tiada nokhtah itu. Kayuhanku terhenti. Kaget. Kulihat ada kemalangan berlaku. Sebuah kereta mewah terjunam ke dalam parit dan seekor lembu mati. Aku cam kereta itu. Khairul!

Ya Allah, aku lihat dia berlumuran darah. Kebetulan terdapat pondok telefon yang berhampiran. Aku berlari mendapatkannya untuk menelefon ambulans. Beduk berbunyi. Azan berkumandang. Aku masih di samping Khairul. Mat juga. Kulihat kelopak mata Khairul seakan terbuka. Menatapku. Aku mengajarnya mengucap dan ingatkan Allah. Azan terus berkumandang.

Mana ambulans? Ah, nyawa Khairul di hujung tanduk! Ah, Mat tidak berhenti bercakap. Dia panik. Aku juga! Ah, ibuku tentu runsing di rumah! Ah, aku kusut!

Ne..No..Ne..No...

Kenapa aku di sini? Di samping Khairul. Dia. Penjatuh air mukaku. Pihak hospital sudah menghubungi ahli keluarga Khairul. Hampa. Mereka di luar negeri. Urusan politik katanya. Penting. Projek mega, juta-juta. Hmmm kuasa wang. Khairul diberi bantuan pernafasan. Kemalangan yang berlaku menyebabkan organ dalaman Khairul rosak. Hati Khairul rosak.

Dia memerlukan penderma organ dengan segera, yang serasi dengan jenis darah dan metabolismanya. Hati dia rosak teruk walaupun secara batinnya memang dia memerlukan hati yang baru. Lama dahulu. Aku mendail nombor telefon rumah Mak Limah untuk bercakap dengan ibuku. Aku bercerita. Suatu kisah benar. Sesuatu yang kuharapkan hanyalah rekaanku semata.

Ibu menyuruhku menemani Khairul memandangkan dia tidak berwaris ketika itu. Dasar kemanusiaan. Aku berharap semuanya berjalan lancar. Aku memanjatkan doa supaya semuanya selamat. Khabar diterima. Alhamdulillah. Doaku di bulan Ramadan ini dimakbulkan. Khairul selamat menjalani pembedahan dan telah mendapat hati yang baru. Malangnya, penderma hati tersebut mendapat komplikasi selepas pembedahan dan meninggal.

Bagiku, dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang sungguh mulia. Aku pergi ke tempat rehat untuk mendapatkan Mat. Dia sangat risau. Walaupun Khairul itu selalu mencacinya. Teruk. Tentu dia gembira dengan perkhabaran ini. Mat. Mat? Mat? Aku lihat sekujur tubuh baring di atas katil. Seakan Mat. Aku lega. Ingatkan hilang. Mungkin Mat penat sangat.

Pagi itu aku bersahur di kafe. Aku lihat Khairul belum sedarkan diri. Niatku ingin melihat jenazah si penderma hatinya itu dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh si arwah. Jururawat yang bertugas menyelak kain putih yang menyelubung jenazah. Aku tergamam. Terkedu. Mengalir air mata ini. Mat! Mat kulihat kaku. Namun masih tersenyum. Namun gigi kuningnya tidak lagi kelihatan. Al-Fatihah buat Mat.

Di penghujung Syawal, tahun yang berikutnya. teratakku dikunjungi golongan elit. Berkereta mewah, berpakaian cantik serta bergaya. Sedang kami sederhana. Mungkin hina bagi sesetengah mereka. Ikatan pertunangan aku dan Khairul. Benar. Dia benar-benar telah mendapat hati yang baru. Mulia hatinya. Seperti pendermanya. Dan aku dapat melihat itu.




“Sebab umi nak Amin mengenali hati... Hati ada kebaikan juga keburukan. Tambahan, hukum makan hati adalah makruh tau. ”

“Baik umi.”

Keretaku terus meluncur laju. Masihku terbayangkan...

***

“Kenapa Mat suka makan choki-choki ya?”

“Sebab manis! Macam kak Nur!”

“Ish ada-ada aja Mat ni. Nak suruh akak belanja lagi la tu kan? Nanti lepas abang Khairul selamat, semua perkara dah selesai, akak belanja ya.”

“Akak tau tak? Akak la orang kedua yang baik dengan Mat selepas ayah Mat. Tapi sekarang ayah Mat dah tak ada, akaklah yang pertama. Dulu masa ayah masih hidup, akak selalu datang rumah kami, kemas rumah kami, masak untuk kami. Hati akak mesti mulia kan?”

“Tak ada apa-apa la. Akak tolong ikhlas. Lagipun akak tengok dulu hidup Mat dan ayah Mat tak terurus. Akak bantu apa-apa yang termampu. Kalau nak buat apa-apa pun, hati kita mesti ikhlas.”

“Mat nak jadi baik macam akak. Mat nak berhati mulia macam akak.” “Mat dah cukup baik. Selalu tolong tengokkan keluarga akak kan. Tolong ayah akak kat kebun, ikut gotong-royong kampung, bersihkan surau. Kan mulia hati Mat tu..”

“ Betul ke akak? Tapi Mat rasa Mat nak buat sesuatu baru Mat rasa Mat satu level dengan akak”

“Hmm apa dia?”

“Belajar bawa basikal. Nanti boleh Mat bawa akak dan orang kampung naik basikal Mat pergi pusing keliling kampung, tengok sawah padi, beli choki-choki.”

“Tak habis-habis dengan choki-choki Mat ni tau. Ok la. Akak nak pergi tanya doktor tentang keadaan abang Khairul tu.”

“Ok kak! Kejap lagi Mat nak pergi belajar bawa basikal tu. Doakan Mat ya.”

“Mat ni apa-apa sajalah”

-TAMAT`

hatiku milikmu

Hatiku Milikmu

Rabu, 14 April 2010

Jangan Bersedih, Tunggulah Jalan Keluar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Tirmidzi disebutkan: "Sebaik-baik ibadah adalah menunggu jalan keluar."



“Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

(QS. Hud: 81)



Cahaya fajar bagi orang-orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyebar, maka jelanglah pagi dan tunggulah kemenangan dari Sang Penakhluk.



Orang Arab berkata, "Jika seutas tali sudah sangat meregang, nescaya ia akan segera putus” Artinya: Jika persoalannya sudah mencapai tahap kritikal, maka tunggulah jalan keluar menjelma. Allah berfirman,



“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

(QS. Al-Baqarah: 286)



“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan

baginya jalan keluar”

(QS. Ath-Thalaq: 2)



“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menghapus

kesalahan-kesalahan nya dan akan melipatgandakan pahalanya”

(QS. Ath-Thalaq: 5)



“Dan, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah akan menjadikan

baginya jalan kemudahan dalam urusannya”

(QS. Ath-Thalaq: 4)



Salah seorang penyair berkata,

Betapa banyak jalan keluar yang datang setelah rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang setelah kesusahan. Siapa yang berbaik sangka pada Pemilik 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dipetik di tengah-tengah pohon berduri



Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan: "Aku sesuai sangkaan hamba- Ku kepada-Ku, maka ia bebas berprangsaka apa saja kepada-Ku." Allah berfirman,



“Hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki”

(QS. Yusuf: 110)



“Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

(QS. Al-Insyirah: 5-6)



Ada sebuah pernyataan yang beredar di kalangan ahli tafsir, yang bahkan menurut sebahagian dari mereka ditetapkan sebagai hadis. Pernyataan berbunyi demikian: "Satu kesulitan tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan."



“Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat”

(QS. Al-Baqarah: 214)



“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”

(QS. Al-A'raf: 56)



Dalam sebuah hadis sahih disebutkan: "Ketahuilah bahawa pertolongan itu ada bersama dengan kesabaran dan jalan keluar itu akan selalu beriringan dengan cubaan."



Seorang penyair berkata,

Jika persoalan telah sangat sulit, tunggulah jalan keluarnya, sebab ia akan segera menemukan jalan keluarnya.



Penyair yang lain berkata,

Banyak mata yang tetap celik dan banyak pula yang tidur dalam masalah yang mungkin terjadi atau tidak akan terjadi. Tinggalkanlah kesedihan sedapat yang engkau lakukan sebab jika engkau terus bersedih engkau akan berubah menjadi gila. Sesungguhnya Rabb yang telah mencukupimu sebelumnya. Dia kan mencukupimu esok dan hari-hari mendatang



Penyair yang lain mengatakan,

Biarkanlah takdir berjalan dengan tali kekangnya dan janganlah engkau tidur kecuali dengan hati yang bersih. Tidak ada di antara kerdipan mata dan celiknya kecuali Allah akan mengubah dari keadaan ke keadaan lainnya.

Sabtu, 10 April 2010

Ilmu Ma'rifat, menajamkan mata hati

Ma'rifat adalah tingkat penyerahan diri kepada Allah secara berjenjang, secara tingkat demi setingkat sehingga sampai kepada tingkat keyakinan yang kuat. Orang yang memiliki ilmu ma'rifat dianggap sebagai orang yang 'arif', karena ia bisa memikirkan dalam-dalam tentang segala macam liku-liku kehidupan di dunia ini.

Oleh karena itu jika kita bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu ma'rifat, maka akan meraih suatu karomah. Karomah adalah keistimewaan yang tidak dimiliki orang awam. Bentuk karomah tersebut adalah mata hati kita menjadi awas dan indra keenam kita menjadi tajam. Jika indra keenam menjadi tajam, kita akan dapat mengetahui sesuatu yang tersembunyi di balik peristiwa.

Orang yang mata hatinya dan indra keenamnya tajam, maka ia dapat masuk ke dalam hal-hal yang dianggap gaib (tersembunyi). Orang yang arif (memiliki ilmu ma'rifat), suka memperhatikan tanda-tanda kebesaran Allah dengan mata kepalanya, kemudian ia merenungkan dengan mata hatinya.

Orang ma'rifat jika melakukan sesuatu atau memutuskan sesuatu menggunakan muraninya daripada hawa nafsunya. Ia tahu betul, apakah hawa nafsu yang mempengaruhi dirinya atau nuraninya yang berkata. Oleh karena itu, orang yang sudah menduduki tingkat ini, selalu tajam indera keenamnya. Ia tahu sesuatu yang merugikan bagi dirinya meskipun tampak seakan-akan menguntungkan. Ia pun tau apa yang menguntungkan, meskipun seakan-akan tampak seperti merugikan.

Maka, jangan heran, kadang-kadang orang awam memandang sesuatu itu baik dan menguntungkan, namun bagi orang ma'rifat (orang yang tajam indera keenamnya), dipandang sebagai sesuatu yang membahayakan.

Melihat kebaikan dan keburukan dengan mata kepala saja tidak akan dapat mengetahui keadaan yang sebenarnya. Sesuatu yang elok dipandang mata kadang-kadang hanyalah tipuan belaka. Sesuatu yang buruk dipandang mata, kadang-kadang tersimpan sesuatu yang menguntungkan. Maka betapa pentingnya jika kita berlatih untuk mempertajam mata hati dan indera keenam.

Buta mata belum tentu membahayakan bagi kehidupan kita. Karena banyak orang yang buta matanya, tetapi masih mampu melakukan sesuatu yang terbaik bagi dirinya. Bahkan ia mempunyai keistimewaan, yakni lebih awas daripada kita yang memiliki mata normal. Namun jika mata hati telah buta, maka pertanda hancurlah kehidupan kita, baik kehidupan dunia maupun kehidupan akhirat.

Orang yang buta hatinya, seringkali merasa kecewa dalam menghadapi liku-liku kehidupannya, karena ia sering gagal dalam mengambil keputusan. Keputusannya lebih banyak meleset. Sebab, yang digunakan untuk mengambil keputusan lebih didasarkan pada penglihatan mata dan akal yang dipenuhi hawa nafsu. Jadinya, ia kurang cermat dan kurang hati-hati. Ia mudah terkecoh dengan fatamorgana serta khayalan-khayalannya sendiri.

"Dan barang siapa yang buta mata hatinya di dunia ini, maka buta pula di akhirat, jauh tersesat jalannya."

"Sesungguhnya, bukan matanya yang buta, tetapi mata hatinyalah yang buta, yang berada di rongga dadanya."

Oleh karena itu, betapa pentingnya kita mempelajari ilmu ma'rifat. Dengan ilmu ma'rifat, hati dan alam bawah sadar kita terhindar dari 'kebutaan'. Hati kita menjadi jernih sehingga setiap apa yang kita pikirkan dan kita lakukan akan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

Orang yang ma'rifat, selalu berprasangka baik kepada siapapun. Ia juga selalu berprasangka baik kepada Allah swt. TIdak pernah berkeluh kesah dalam hidupnya. Ia selalu merasa dekat kepada Allah. Selalu merasa cinta, penuh harapan dan hatinya terasa senantiasa tenteram.

Ilmu ma'rifat mengantarkan kita kepada suasana hati ikhlas dalam berbuat apa saja, lebih-lebih beribadah kepada Allah. Ibadahnya dilakukan tanpa pamrih dan tanpa keinginan dipuji orang lain.

Orang-orang ma'rifat menganggap jika perbuatan dilakukan tidak dengan ikhlas, tetapi dengan pamrih, maka akan mengotori jiwanya. Jika jiwa kotor, hati akan berdebu. Bila hati berdebu berarti mata batin dan indera keenam telah buta.

Golongan orang-orang ini selalu menjaga hatinya dan alam bawah sadarnya agar tidak tercemar oleh debu-debu yang dapat membutakan. Karena itu, suasana hati orang-orang ma'rifat selalu tenteram karena selalu berprasangka baik kepada siapa pun, tidak membenci, tidak dendam, tidak iri hati, tidak sombong dan tidak riya'.

Sebab, sederetan penyakit semisal sombong, benci, dendam, iri hati dan sebagainya merupakan letupan emosi, bukan nurani yang berbicara, melainkan nafsu keserakahan.

Jika kita telah mendalami ilmu ma'rifat dengan bersungguh-sungguh, maka akan dapat melihat betapa diri kita menjadi orang yang luar biasa. Mungkin kita akan terheran-heran. Karena jika ilmu ma'rifat telah dikuasai, maka seseorang akan dapat mengenal Allah, sehingga antara dirinya dan Allah seakan-akan tidak ada batas/perantara, sehingga seakan-akan mampu berhubungan langsung.

Disamping itu, kita akan dapat dengan mudah menyerahkan hawa nafsu menurut kehendak Allah. Kita merasa tidak punya hak untuk memiliki, sekalipun pada diri sendiri. Karena menyadari segala sesuatu yang ada di dunia ini hanyalah milik Allah, termasuk nyawa kita.

Diambil dari buku Telaga Ma'rifat, karya Syaikh Ibnu 'Athoillah


dari blog http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6456977397884813747

Rabu, 7 April 2010

NasyidKuek: Bahtera Hamba


NasyidKuek: Bahtera Hamba

Bahtera Hamba


Munsyid : Zulfan



Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH


www.iluvislam.com
Dihantar oleh : madihah nur ISLAM
Editor : almusafirq8

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.-editor.

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga


Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Ahad, 4 April 2010

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ?

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang
sebenarnya.

Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas
cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan
mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.

Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apaapa kerana tiada asas malu.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.
Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala"

Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"



Oleh: Hamba Allah


ya. itulah hakikat kebenaran. aku sendiri payah nak ikut apa2 yg dibgtau kat atas tu. korang semua take note laaa. hidup kita bukan kat atas dunia ni ja. hidup kita bukan kat atas dunia ni ja. hidup kita bukan kat atas dunia ni ja. penulis merupakan bekas mas-ul Baksis di UPM dulu, oghe klate, tp bukan aku laa, dan tak perlulah aku sebutkan namanya di sini. hati ini kalu ikut memang tertarik kpd yang berparas wajah menarik tetapi, itulah kalu ikut hati binasa. tgk laa agama dia setara mana.........

coretan buat teman2 remaja masjid

Assalamualaikum… ..Alhamdulillah… dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang, dengan segala rahmatnya…saya masih ada disini…. Sesudah berlalu bulan yang penuh berkat dan mulia…sekarang kita lalui hari kemenangan.. tapi saya rasa belum menang… kita sedar bahawa hidup ini hanya sementara…darinya kita datang kepadanya jua kita kembali…. Saya mencari sesuatu dalam hidup saya…yang membuatkan diri saya bahagia, gembira….. akhirnya saya temui…. Di bulan yang penuh berkat….saya rindu pulak…. Hanya satu yang membuatkan diri saya bahagia dengan mendekatkan diri kepada allah s.w.t…… saya harap teman2 remaja masjid begitu juga…. Semoga allah melimpahkan rahmatnya kepada teman2…. Tiada iman tanpa amal…tiada amal tanpa ikhlas….. tiba2 je saya nak tulis ni…tengok citer tajuk perempuan..bagus citer tu ada banyak pengajaran yang saya kutip… pelbagai dugaan yang dilalui…akhirnya dia temui cintanya…. Sudah fitrah manusia… manusia lebih suka melalui lorong2 yang belum pasti memberi kebahagiaan kepada dirinya…. Akhirnya ternoda dengan dosa2… sedarlah wahai teman2 allah menerima sesiapa sahaja yang ingin bertaubat…. Yang ingin kepadanya…. Satu langkah kita kepadanya…beribu2 langkah dia datang kepada kita….. ilmu saya tidak banyak…saya kongsikan apa yang saya lalui n sy dapat dari kehidupan saya sendiri n org lain…. Usia dah semakin meningkat…tidak tahu mana hala tuju yang ingin dilalui….. benda dah ada depan mata….saya go on je la…. Untuk diri saya sendiri dan orang lain….insyaallah… . Diluar sana penuh dengan dugaan dan cabaran hidup yang perlu kita tempuhi…tiada cabaran xseronok la hidup…. Disebalik dugaan yang diberikan kepada kita…. Allah memberi sesuatu kepada kita…. Renung2kan lah…..
Alhamdulillah… ॥


Dengan mendekatkan diri kepadanya kita akan rasa bahagia…dengan mengingatinya hati2 kita akan menjadi tenang…. semoga coretan yang xseberapa ini memberi peringatan yang baik buat teman2…. Yang baik itu datang dari allah dan yang tidak baik datang dari diri saya sendiri…. Salam lebaran dan maaf zahir batin…..वास्सलम

Secerah pawarna..the zikir

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindukan kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan Iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawarna berseri ukhwah dipupuk kasih
Kita ingin segala terlerai dengki dan dendam kusumat musnah
Biar keikhlasan berbicara didada hati luas saujana
Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindukan kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan Iman dan ukhwah



fadilah...jumaat 25.9.2009

hmmmmm jeng2

Ya allah aku takut pada azabmuTidak aku mampu melawan perasaan iniKala itu aku hanya mampu berdoa dan menangis kerana takut pada azabmudisaat aku minitip kata2 inidiri ini menangiskau hadirkan rasa sedih dihatikuitulah kecintaan aku kepadamu ya rabbiair mata ini sentiasa mengalir disaat aku ingat kpdmunikmat imanmu kpdkuadakah aku akan sentiasa bersamamukau hadirkan ujian yang mengingatkan aku kpdmuterima kasih kekasihkuaku hanyalah insan yang lemahyang tak terdaya menahan hati hati ini hanya bersandar kpdmu ya rabbidimana jua aku pergikemana saja kaki ini melangkahdisaat aku berdiridisaat aku duduk aku mengingatimuya allah aku takut pd azabmuaku menunggu saat kematiankuadakah aku akan mati tika aku teringatkanmu ya allahsempatkah aku mengucap kalimahmuadakah aku akan ke taman muatau ke nerakamukau hadirkan kesedihan untuk kebahagiaan dirikuAirmata ini sentiasa mengalir krnmu ya tuhankuDisaat aku berdiriDisaat aku dudukAku hanya ingat kpdmu ya allahTika datang dugaan untuk hati iniAku teringatkan azabmuAku takut akan azabmu ya tuhanPengakhiran nanti diri ini akan kembali jua kpdmuYa rabbi

kakakukikakikoci...hehehehehehe

salam sume...lama xtulis.... akal digunakan untuk berfikir...pernah x terfikir.... dalam hidup sehari2 or hidup kito ni...allah nak bagi sesuatu yang kita sedar or xsedar.... kadang2 masa abih mcm tuh jah.... xde masa nak fikir or munasabah diri kita sendiri.... contohnya kita sedih deh....bakpo la allah kasi sedih jah nih...upe2 nya allah nak kasi kebahagiaan. ..yola deh...moga allah sayang kat kita klu dia xbg sedih.... kita ni agaknya kemana... nak royaknyo allah sayang nya kat kita... dia sedarkan kita melalui ujian xpun gapo2 hok wat kita sedih, gembira, kecewa dan sebagainya.. .allah bagi peringatan kat kita.... kita ni selalu ko ingat ko dia.... ingat ko benda lain banyak la deh..... kadang2 xpaham...bakpo la allah kasi mcm ni..... tuh pentingnya ilmu.... banyak perkara yang kita leh belajar sehari2.... kadang2 tanya org sebab xpaham...hahahahaha .... satu g bakpo la asyik nangis...tp saya sendiri pun tak paham.... sebut allah jah nangis..... mati nangis.... neraka nangis...... air mata ni senang jah nak kuar...klu dengar syurga..... ana senyum....heheheheh ehehe.... bkn senang nak jaga iman tp xmustahil... sentiasa kena berusaha la deh.... myb ana ni semakin nak ko tua..alhamdulillah la deh.... nasihat2 amat berguna bg ana... org sekeliling amat berharga bg ana untuk kenal erti hidup...ana ni mcm budak baru belajar..... ana mencari2 tp benda tuh dah ada depan mata ana tp klu ana xusaha ana xkan dapat apa yang ana nak...sume ni org pun nak.... tp xusaha jah deh...huhuhuhhuhuhu hu.... maaf klu ana merapu...... . kesedihan buat ana bahagia..... kukukakikokulipa tsapo cpt dia dapat.....huhuhuhuh uhuhuhu hal dunia mmg xbest.....klu gewe ngan allah lg best....heheheehehe ehe salam iman buat sume...ana ada buat kata2 time tuh ana...hmmmm insyaallah ada masa ana kasi....untuk renungan semua....myb ada sesetengah org tulis...sbb benda tuh dah dia rasa... dia dapat kuikuikuikuikui. ....

hati berbicara

imanku berbicara menyatakan cintaku kepadamu
dimanakan ku curahkan semua
hanya untuk mu

disaatku bersamamu
disaatku teringatkanmu
terasa dingin di kalbu
kasihku

tuhanku terangkanlah hatiku
agarku selalu ingat kamu....dus dus

tuhanku tiada seindah namamu
yang ku tahu

sungguh indah kalimahmu
tiada kata2 yang
seindah kalammu



sampai cni dulu...lain kali sambung lagi n_n

1 CINTA

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku, keimananku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan demi citaku kepadaMu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini, hanya padaMu kupasrahkan

Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails