pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sabtu, 25 Jun 2011

Bimbingan taubat

tajuk diatas adalah salah satu tajuk buku yang menarik minat dan menyentuh hati untuk terus membacanya... by mohd Abdul wahab...

kongsi apa yang menarik...sume menarik la... klu taip tuh hari ni pun xabis nih...tebal jugak buku nih... akak pustaka dah siap pesan... jgn hantar lewat...nanti kena denda..hehehehe


seseorang yg mencapai kedekatan (taqarub) dengan Allah S.w.t. jika dia tidak melihat dunianya tetapi sentiasa melihat akhiratnya. sifat takut dan tunduknya kepada allah, itulah yang akan membawanya kearah taqarub itu, sehingga akhiratnya menjadi baik. Dia tidak akan menghirau apa yang akan dikatakan oleh orang, tetapi yang selalu difikir olehnya adalah: "Apabila saya tetap dalam keadaan seperti ini (Gelumang dosa), bagaimana nasib saya di akhirat kelak? semoga allah s.w.t. menjadikan kita dalam golongan hamba-hambanya yang ikhlas.


"sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan yang jelas dan hidayah, setelah kami menerangkannya dengan jelas kepada manusia dalam kitab, maka allah melaknat orang2 seperti itu dan para pelaknat juga turut melaknat mereka, kecuali orang2 yg bertaubat dan memperbaiki (diri)juga menjelaskannya, maka aku menerima taubat mereka dan aku maha menerima taubat lagi maha maha pengasih."

al-baqarah : 160

baginda seringkali mendirikan solat malam begitu panjang, sehingga kaki baginda bengkak-bengkak.

ketika seseorang bertanya kepada baginda: "mengapa engkau begitu bersusah payah dalam beribadah, padahal Allah s.w.t telah memaafkan seluruh dosa-dosa dan kesalahanmu yang terdahulu dan yang akan datang?" maka baginda pun bersbda: " bukankah sudah (seharusnya) aku menjadi hamba allah s.w.t yang bersyukur?"

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu ajaib dunia ini
Lantaran diciptakanNya berbeza-beza pada pandangan hati
Ada yang memandangnya indah
Ada yang memandangnya buruk sama sekali
Namun Dia Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui
Tiada suatupun isi kandungan dunia ini menjadi sia-sia
Ada hikmah dan ada tujuannya
Kerana dunia ini berpasangan
Kerana dunia ini adalah suatu perbandingan
Ada baik, ada buruk
Ada duka, ada bahagia
Menjadi berupa ujian setiap detik
Kerana di sana ada syurga
Kerana ada neraka yang seolah-olah bersedia menanti penghuni
Masihkah kita meragui?
Arah yang harus dipilih

Iman berkata...

tahu arah tuh yg harus dipilih :(.. tahu jln tuh...dah melalui jln tuh...susah sgt jln tuh... xtahu keputusan yg dibuat betul ke tidak...dapat belajar sesuatu drpd tuh... kekuatan tuh kureng...tengok mak ngan adik nangis...cair tahu tak.... belajar sesuatu jugak drpd situ...i'm very sad... perkara dah berlalu jadik bukak buku baru... apa yg sy buat skrg pun...sy teruskan jugak...xtahu benda tuh salah ke tidak...rasa jugak menyesal...tapi dpt belajar sesuatu.... apa yang penting...kerjasama...wonderpet kami datang utk membantu org dlm kesusahan (dah melalut dah) xnak la asyik sedih jer...xjadi apa gak... teruskan jer...tul ke manusia tiada pilihan...xde kot... i think lah...heeeee :)

Tanpa Nama berkata...

Dunia yang sementara
Sekali ditinggalkan takkan ditemui lagi
Dunia ini,
Dunia kau dan aku
Yang dikurniakanNya untuk kita hargai
Kita syukuri dan kita puji akan Dia
Berwaspada dan bersiap-sedialah
Suatu masa Dia Menjemput kita pulang
Kembali padaNya dan dihitung segala
Tentang janji yang diucapkan....

Tanpa Nama berkata...

tepuk dapa tanya iman

Iman berkata...

=)

Iman berkata...

iman kata sabar dan berusaha

doakan saya...terima kasih sbb ingatkan

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails