pic

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Rabu, 2 Mac 2011

aku bagaikan tin yang kosong

abg man cakap.... mengenal diri sendiri lagi susah berbanding kita kenal orang lain.. myb kita leh lihat perhatikan seseorang tuh... tapi diri kita bukan semudah tuh... begitu juga dalam meraih cinta kepada si dia...kena kenal diri sendiri dulu... (jalan mujahadah itu berliku2 laluannya) apa itu mujahadah...jom kita cari maksud perkataan mujahadah ini...

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu... sila masuk cni utk keterangan lanjut kehkehkeh ----> http://pemudaillahi.blogspot.com/2009/10/apa-erti-mujahadah.html

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

bagus... (aku takut aku belajar...tapi aku tak mengamalnya...aiyo... seperti cakap pakcik.... ilmu banyak tapi tak dapat digunakan... pakcik pesan ikut cakap doktor....tapi aku degil jugak xikut...sampai bila2 kamu xjupe la...hmmmmmmm)


firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran

itu lah yg doktor cakap....sampai cni...selanjutnya baca kat blog tuh ya....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

Catatan Popular

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails