"wahai saudariku yang muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka tentang peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu surah dari al-Qur'an.
Begitu juga, seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunuskan senjata. Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan uhud."
(Mustafa Mashyur)
Begitulah cebisan harapan yang dilontarkan oleh Sheikh Mustafa Mashyur, Mursyidul Ikhwanul Muslimin kepada para muslimat Ikhwan kerana besarnya peranan dan pengaruh muslimat dalam masyarakat bahkan mereka adalah sayap penting dalam perjuangan islam semenjak zaman Nabi SAW.
Dalam sejarah ikhwanul Muslimin, muslimat telah menjadi tiang seri mereka dan tokoh besar daripada sayap ini yang pernah dilahirkan ialah Zainab al-Ghazali. Zainab al-Ghazali adalah mujahidah yang cekal, kental dan ampuh. Ibarat srikandi ulung Nusaibah yang bertempur di sisi Rasulullah dalam kekalutan perang Uhud, melekat dalam setiap sanubari yang terlibat dan menyaksikannya.
Beliau menjelma sebagai wanita ulung mendepani segala mara bahaya dalam medan perjuangan dan itulah harapan ayahndanya seorang guru agama dan peniaga kapas. Melalui didikan ikhlas bapanya, Zainab al-Ghazali dibentuk agar menjadi pebimbing dan pembela ummah.
Dilahirkan dibumi yang dibuka pada zaman moyangnya menjadi khalifah kedua islam. Mesir iaitu bumi yang berkat peninggalan para Nabi menjadi saksi kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di Buhaira, Mesir pada 1917. Bayi perempuan yang berketurunan Saidina Umar (r.a) ini rupa-rupanya adalah lambang perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperitan hidup berjuang.
kisah deritanya menghadapi regim taghut pimpinan Presiden Jamal abdul Naseer diabadikan sendiri dengan penanya di dalam kitab "hari-hari dalam kehidupanku" setelah bekali-kali dirayu agar ia menjadi tatapan mithali buat pejuang yang ikhlas. Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan derita perjuangan. Beliau teruja dengan pelbagai seksaan ngeri di penjara azab regim toghut itu.
Tubuhnya pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namum selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat Tuhan kekasihnya. Anjing yang ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini. Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan dengannya malah lelaki jahat yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai wanita suci jemaan sahabiah rasul ini.
Penglibatan Dalam Beberapa Pertubuhan Wanita Sebelum Menganggotai Ikhwan
Pernah menganggotai Gerakan Wanita Mesir di usia remajanya pada tahun 1936. Namun, matlamat perjuangan yang tidak sesuai dengan jiwanya menggerakkan hatinya menubuhkan(Jamaah Muslimat) Jamaah Wanita Muslimah sebagai wadah baru perjuangannya. Jemaah Muslimah ini ditubuhkan pada tahun 1936 dengan menjadikan islam sebagai dasar dan matlamat kehidupan. Beliau telah mengerakkan gerakkan muslimah ini dengan kerja-kerja dakwah dan juga kebajikan sehingga gerakan ini telah diminati kaum ibu yang berjiwa islam. Beliau seorang yang tegas dalam memperjuangkan agama allah dan tidak takut dengan ugutan serta intimidasi pihak berkuasa Mesir.
Penubuhan jamaah berkenaan adalah untuk membebaskan golongan wanita daripada terus berada dalam jahiliyah moden yang mudah diperpodoh dan dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan. tidak cukup dengan itu, hasratnya adalah untuk melihat muslimat juga sebaris dengan golongan Muslimin dalam mempertahan dan memperjuangkan islam.
Berbekalkan ilmu yang ditimba daripada ayahndanya yang amat mencintai islam, beliau menggerakkan ahli-ahli Jamaah Muslimah agar menjadi pembela-pembela agama allah kerana ia telah menjadi mangsa kerakusan manusia-manusia berhati anjing yang tidak mahu melihat islam sebagai agama yang benar dalam pentadbiran negara.
Justeru, penggarapan ilmu di kalangan anggota jamaah menjadi syarat utama untuk membebaskan islam daripada dibelenggu pengkhianat islam di samping mentarbiah mereka agar berkemampuan untuk berpidato, berhujah dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling untuk memimpin umat seluruhnya kembali kepada islam dalam erti kata sebenar.
Gerakkan muslimah ini sentiasa diperhatikan perkembangannya oleh pihak berkuasa Mesir kerana semakin ramai masyarakat yang mendapat kesedaran apabila menghadiri program-program yang dianjurkan. Pada 15 september 1946, gerakan ini telah diharamkan oleh Jamal Abdul Naser. Ini telah menyebabkan kerja dakwah yang tersusun mula diganggu.
Di samping itu, gerakan dan usaha Zainab yang telah berputik ketika umurnya mencecah 18 tahun, membimbing kerja-kerja wanita islam membela kehidupan dan membantu ibu-ibu yang kehilangan suami. Dengan pengharaman Jamaah Muslimah ini sedikit sebanyak kerja kebajikan telah terganggu. Ketika inilah ia bertemu dengan As Syahid Imam Hassan Al-Banna. Zainab sangat kagum dengan Hassan al-Banna yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di Mesir. Hubungan Zainab dengan Puab Tahiah Jubaili seorang pemimpin muslimat ikhwan telah membawanya untuk menyertai Ikhwan pada tahun 1948.
Al-Banna dan para penolongnya ibarat suasana Nabi dan para sahabat di matanya. Zainab menjadi penggemar kepada syarahan dan pembawaan almarhum al-Imam sehingga pada suatu hari Imam Hassan al-Banna menawarkan penggabungan Jamaah muslimat pimpinannya agar bersama menjadi sayap wanita Ikhwanul Muslimin. Beliau menolak namun berbai'ah secara rahsia bersama Imam Hassan al-Banna kemudiannya.
Ketegasannya ibarat ketegasan Umar Al-Khattab. Naluri ketabahan dan kewanitaannya ibarat Saidatina Nusaibah. Kekuatannya dan kesabaran sama gagah bak lelaki perkasa. Hatinya dihiburkan dengan pertemuan dan jaminan Rasulnya di dalam keasyikan mimpi indah yang benar.
Deritanya bertukar gembira mendengar taujihat dan irsyadat Nabi sanjungannya. Alangkah bahagianya mujahidah yang bernama Zainab al-Ghazali. Setiap denyutan nadi kehidupannya kekal segar di ingatan setiap anak-anak harakah yang mewarisi perjuangan islam.
Zainab al-Ghazali meneruskan kesinambungan Ikhwan bersama Saiyid Qutb dan Abdul Fattah Ismail setelah kewafatan Imam al-Banna. Perjuangannya tidak disukai pemerintah yang dipimpin oleh Jamal Abdul Naseer ketika itu.
Hadapi Tribulasi Hingga Dipenjara
Beliau ditangkap pada tahun 1965, dibicara pada 1966 dan dihukum penjara selama 25 tahun. Namun, beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa Anwar Sadat menggantikan Jamal setelah kematiannya. Allah membalas pengkhiatan Jamal Abdul Naser terhadap parapendokong ikhwan dengan kekalahan kerajaan mesir pimpinannya kepada israel dan sekutunya dalam peperangan tiga serangkai pada 1967.
Ketika mendekam dalam penjara militer beliau mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan seperti direndam dalam air separas dengan leher, diberi makanan yang kotor, ditakutkan dengangertakan malah hampir diperkosa oleh warder penjara. Namun, Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk mempertahankan maruah dan harga dirinya. Beliau disebat, dihina dan diaibkan namun semuanya tidak memberkas kepada Zainab al-Ghazali. Lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikir dan membaca al-Quran. Beliau juga sepenjara dengan Hamidah Qutb (adik kepada Syed Qutb)dan sentiasa berdakwah kepada para banduan yang lain. Penjara bukanlah mimpi ngeri melainkan 'ruang pertapaan'yang melestarikan nikmat beribadah. Beliau sentiasa menghidupkan malam untuk bermunajat semoga Allah memberikan kemenangan kepada islam malah semasa mendekam dalam penjara beliau telah diceraikan oleh suaminya.
Selepas dibebaskan daripada penjara Zainab kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi islam. Berpidato lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi serta membimbing ummah ke arah keredhaan Allah. AlMarhumah Zainab al-Ghazali juga terkenalsebagai penulis yang hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yang diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh" yang ditujukan khusus kepada presiden Mesir ketika itu.
pengabdiannya kepada islam dan umat sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan, kasih dan kecintaan. setelah 88 tahun menabur budi dan jasa, almarhumah dijemput pulang ke pangkuan Illahi pada tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat dan disolatkan di masjid Rabiatul Adawiyyah. Namanya tetap segar dilubuk hati setiap pejuang agama walaupun telah pergi menemui kecintaan abadi tuhan sekian alam.
Antara Mutiara Kata Zainab Yang Lebih Bersifat Motivasi Kepada Para Calon Suami
"...mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku...."
untaian hikmah dari almarhumah Zainab al-Ghazali al-Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jikalau ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.
Beliau juga merakamkan tentang kemuliaan iman yang dicampakkan dalam hati kita oleh Allah SWT dalam bukunya "Kearah Kebangkitan Baru" :
"Betapa indahnya iman yang berperanan, mempersediakan dan persiapan itu, iman yang tidak dapat dipesonakan oleh hiasan dan janji manis syaitan. Betapa indahnya orang yang beriman yang membawa janji setia dengan Allah, dengan rasulnya dan dengan Mu'minin. Betapa indahnya orang ramai yang beriman di ketika dapat mengatasi iblis dan kuncu-kuncunya, dapat menghina dan menghalau taghut dan pembantu-pembantunya. Betapa agungnya peribadiyang berbai'ah: ketika ia hidup dengan imannya yang melahirkan tenaga membangun semula pada dirinya. Betapa agungnya peribadi itu: ketika melihat para taghut di bumi ini semuanya kecil,hina. Semua jahiliyyah sekali dengan syaitan-syaitan dipandang kecil. kebatilan juga dipandang kecil dan hina. Sebaliknya ia memandang bai'ah kepada Allah, paling besar..."
Wanita pemberani dan mujahidah Ikhwan ini telah meninggalkan kita dengan haruman namanya yang mewangi indah di taman perjuangan. Beliau berpesan kepada kita, "Tidak ada jalan keluar bagi sesuatu ummat, bahkan bagi dunia melainkan dengan dakwah islam. Betapa kejam dan ganas siksaan yang dikenakan, tidak akan mampu meruntuhkan keyakinan dan kebenaran dakwah islam. bahkan ia akan tumbuh dengan subur sebagai kekuatan yang akan menghacurkan kebathilan dengan penuh ketabahan dan kesabaran."
dipetik dari buku Tokoh - Tokoh Gerakan Islam Abad Moden oleh Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor
pic
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
senyummu membuatku tenang memandangmu tangisanmu membuat hati ini turut menangis jenakamu mewarnai hati ini ku tahu kau ingin mengubat hati ...
-
xnak pejam mata lagi la..... semasa aku di PLKN (tahun 2005) berlaku histeria di kem de bana jempol n9, setelah 2 minggu aku disana. aku dit...
-
suka lagu nih....sedap.... ingat nak sambung citer org yg kena ceramah seposen tuh...upenya... budak sekerja dgn aku ka...
-
hmmm dari semalam aku saje2 duk cari pemborong tudung dlm tenet mana...tahu... ada aku dah jupe satu dekat trg satu... sekarang nih ramai yg...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan